in

Gadis Rugi RM300 Ditipu Lelaki Jual iPhone 6, Rupa-rupanya Hanyalah Telefon Mainan

Page 5

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
Gadis Rugi RM300 Ditipu Lelaki Jual iPhone 6, Rupa-rupanya Hanyalah Telefon Mainan
Loading
/

Kalau nak diikutkan, cara penipuan sekarang memang sangat banyak. Tak terbilang dengan jari, pelbagai jenis cara orang lakukan. Terbaru, seorang gadis menceritakan bagaimana dia ditipu dengan seorang lelaki yang menjual telefon pintar.


Kejadian berlaku di premis Cowboy cawangan Batu Pahat. Menurutnya, lelaki yang memakai kemeja berwarna biru, berseluar jeans dan topi itu mendekatinya kerana mahu menjual iPhone 6 pada harga yang sangat murah.

P1 1
sumber: facebook

Lelaki tersebut turut memberi alasan mahu pulang ke Singapura, jadi dia menjual telefon pintar itu demi mendapatkan wang. Gaya dan penampilan lelaki tersebut tampak begitu yakin dan tidak mencurigakan pada mulanya.

Dia nak jual murah. RM300 je.”

Tidak mahu ditipu dengan telefon bimbit yang tidak original, gadis yang dipercayai bersama-sama teman lelakinya itu segera periksa telefon pintar tersebut.

Selepas mengetahui bahawa ianya bukan palsu, mereka membuat keputusan untuk membeli telefon berkenaan. Lelaki berkenaan kemudian meminta telefon itu semula daripada mereka untuk mengeluarkan simkad miliknya.

Sambil itu, boleh didengari lelaki tersebut tawar-menawar dengan teman lelaki gadis itu.

“RM390 takmau?” tanya lelaki tersebut.

Teman lelaki gadis itu kemudian cuba tawar dengan harga yang lebih murah.

“RM250 tak boleh?”

Lelaki itu segera menjawab sambil tersengih,

“No, no, no.”

Kemudian teman lelakinya mengeluarkan dompet dan memberitahu jumlah wang yang ada padanya hanyalah RM250.

“Hehh, Rm250 takmau..” kata lelaki tersebut.

Mereka akhirnya mengalah dan bersetuju untuk membeli telefon pintar berkenan dengan harga RM300.

Sebaik sahaja selesai urusan jual beli, lelaki itu pun beredar. Namun ketika mahu pulang dan sudah berada di dalam kereta, barulah mereka sedar bahawa telefon pintar yang baru mereka beli itu adalah telefon mainan!

P2 1
sumber: facebook
P3 1
sumber: facebook
P4
sumber: facebook

Di dalam video yang dirakam gadis itu, boleh dilihat lelaki tersebut mengeluarkan telefon bimbit lain dari kocek sebelah kanan dan menyimpan telefon di tangannya di dalam kocek seluar sebelah kiri pula. Pada ketika itu, mereka berdua sedang leka mengira wang yang ada di tangan. Bermakna, telefon yang mereka terima bukanlah yang sama dengan mereka periksa pada awalnya. Licik betul taktik dia!

Selepas video dan gambar-gambar itu dimuatnaik di Facebook, netizen terkejut dan menasihati supaya membeli telefon di kedai sahaja. Malah, ada yang memberitahu bahawa taktik ini pernah diguna pakai suatu ketika dahulu.

Taktik lama kes menipu ni timbul balik. Hati-hati la. Telefon yang ditunjukkan mula-mula pada kita itu memang original.”

Ada yang berkata mereka mungkin dipukau. Masakan tidak, telefon mainan pastinya ringan namun pasangan itu langsung tidak menyedarinya.

Pukau. Tiada siapa sedar dia tukar dengan telefon yang palsu.”

Jika anda didatangi dengan orang yang mencurigakan, berwaspadalah. Pelbagai taktik kotor manusia sanggup lakukan zaman sekarang demi mendapatkan wang.

Tonton video di bawah:

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.