Gadis Pesan GrabBike Tidak Sangka Pemandu Adalah Ayah Kandung Yang Terpisah 10 Tahun

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:



Sungguh indah takdir yang telah ditentukan Tuhan. Sungguhpun anak beranak kandung ini sudah terpisah hampir 10 tahun, namun siapa tahu mereka bertemu kembali dalam situasi yang tidak disangka-sangka.

Seorang pelajar sekolah menengah atas di Indonesia ini terkejut apabila penunggang GrabBike yang dipesannya untuk hari itu merupakan ayah kandungnya sendiri, lapor Kumparan.

Dewi Salma Zuhara, 17, berkongsi detik bermakna dalam hidupnya itu di Instastory beberapa hari lepas bersama gambar dirinya dan si ayah yang lengkap berpakaian uniform Grab. Dia kemudian menulis caption menyentuh hati yang berbunyi,



Order Grab, dapat papaku sendiri. Aku baru tahu ternyata papaku sekarang kerja Grab.”

Sumber: Kumparan

Alahai sedih bercampur gembira ni! 

Berikutan tersebarnya gambar tersebut, kisah Salma menjadi tular di media sosial. Salma kemudian memberitahu, dia dan ayahnya sudah sekian lama terpisah setelah kedua ibu bapanya bercerai semasa dia berusia 7 tahun. Selepas dari penceraian itu, Salma tidak pernah bertemu malah mengetahui di mana ayahnya berada.

Sumber: Instagram

Akibat sudah sekian lama tidak bertemu, Salma sedikit sebanyak masih berasa janggal untuk bercakap banyak dengan ayahnya meskipun hatinya berbunga-bunga gembira.

“Jadi pagi tadi pulang dari sekolah, saya pesan Grab. Apabila dapat pemandunya, saya cuma memerhati nombor platnya saja. Namun apabila pemandu tersebut datang, saya kaget melihat wajahnya seperti orang yang saya kenal. Terus saya tersedar itu papa saya!” cerita Salma.

Sumber: Instagram

Walaupun Salma dan ayahnya masing-masing tidak banyak bicara kerana masih canggung pertama kali bertemu, ayahnya sempat berpesan beberapa nasihat berguna buat dirinya yang masih muda itu.



“Ayah tanya khabar dan terus berpesan supaya saya menjadi anak yang baik dan harus boleh membanggakan mama, membantu mama.” 

Ambil pesanan tu baik-baik Salma! 🙂

Sumber: Instagram

Selepas selesai berbual-bual, Salma kemudian dihantar ke restoran yang ingin ditujuinya untuk makan-makan bersama kawan. Ayah Salma juga tidak mengambil sebarang bayaran dari anaknya.

“Papa beritahu tak payah bayar,” kata Salma.

Sungguhpun pertemuan tersebut singkat, namun ia sangat bermakna buat Salma yang sudah sekian lama tidak bertemu dengan ayahnya. Dia juga merancang untuk bertemu dengan ayahnya lagi kerana kini dia sudah mengetahui di mana lelaki itu tinggal.



Semoga Salma terus menjadi anak yang baik kepada kedua ibu bapanya! 

Baca: Ibu Bapa Sangka Dua Anak Meninggal Semasa Tragedi Tsunami 2004, Akhirnya Bertemu Semula

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:


Written by Syaida Ismail

Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!