in

Gadis Nekad Bunuh Diri Selepas Ibu Abaikan Aduannya Dicabul Bapa Beberapa Kali

2 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebagai ibu dan bapa, mereka sepatutnya tahu akan tugas dalam melindungi dan memberi kasih sayang kepada anak-anak mereka dengan sebaiknya. Namun lain pula yang berlaku terhadap remaja yang masih di bangku sekolah ini.


Menurut NST, seorang gadis berusia 14 tahun hampir-hampir membunuh dirinya sendiri akibat tertekan setelah dicabul beberapa kali oleh bapanya sendiri sejak tujuh bulan lepas.

Episod hitam dalam hidup gadis ini bermula pada Mac lalu apabila bapanya dilaporkan telah meraba payudara mangsa dan memasukkan tangannya ke dalam seluar dalam mangsa.

Seksual 20160123 105515
gambar hiasan

Mangsa yang merupakan anak sulung dari empat orang adik beradik juga telah dicabul di atas motosikal ketika bapa durjana tersebut mengambilnya pulang dari sekolah. Aish sempat lagi! Gilalah!

Akibat tidak tahan dengan perkara yang dilakukan bapanya, mangsa telah mengadukan hal tersebut kepada si ibu. Namun lebih menyedihkan, ibu mangsa telah memekakkan telinga dan mengabaikan rungutan tersebut. Kasihannya! 

Disebabkan terlalu tertekan dan depresi, gadis malang itu mengambil keputusan untuk mengelar pergelangan tangannya sendiri!

Slit Wrist By Catcon86 D54Fbmt
gambar hiasan

Pun begitu, gadis tersebut kini telah dimasukkan ke dalam wad dan berada di dalam pemantauan sebuah hospital yang tidak dinamakan.

Dalam pada itu, bapa mangsa yang bekerja sebagai tukang kebun mengaku tidak bersalah di atas enam pertuduhan mencabul mangsa dekat rumah mereka di Beranang antara bulan Mac hingga Ogos tahun ini.

Menurut Penolong Pendakwa Raya, Siti Noor Hafizan Zakaria, suspek tidak dibenarkan ikat jamin demi untuk melindungi mangsa.

“Mangsa telah melakukan perkara tersebut (menoreh pergelangan tangan) kerana dia trauma dan mengalami depresi dengan perkara buruk yang dilakukan ayahnya.

“Dia kini sedang dirawat di hospital dan berada di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Sosial,” katanya.

750Xauto Disiram Air Keras Pria Tak Dikenal Tubuh Gadis Cantik Ini Melepuh 161028L
gambar hiasan

Walau bagaimanapun, ibu mangsa yang juga hadir di mahkamah tetap menegaskan bahawa suaminya tidak bersalah dan dia memohon supaya suspek dibenar ikat jamin.

Jika sabit kesalahan, suspek bakal menerima hukuman penjara 20 tahun dan sebatan atas pertuduhan serangan fizikal tanpa persetubuhan di bawah Seksyen 14(1) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Kasihanilah anak-anak sebegini yang teraniaya. Kalau mereka mengadu… tolonglah para ibu atau bapa siasat dan percaya! 

Baca: Takut Diugut Suami, Wanita Benarkan Anak Dirogol Bapa Kandung Selama 3 Tahun

Rogols 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.