in

Gadis Kongsi Detik Cemas Kena ‘Usha’ Lelaki Tak Dikenali Selama 2 Jam di KFC Shah Alam

Kfcccccc

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, kita dikejutkan dengan berita tular mengenai seorang pelajar IPTA di Shah Alam telah diperdaya dan dirogol oleh lelaki yang berpura-pura bertanyakan arah. Serius takut! 


Beberapa hari lalu, muncul lagi kisah yang mengejutkan apabila dua gadis yang juga pelajar daripada IPTA di Shah Alam telah diperhatikan oleh dua lelaki yang mencurigakan semasa sedang menjamu selera di KFC, Shah Alam.

Berikut apa yang dikongsikan gadis bernama Aina atau di laman Twitter:

sumber: twitter

“Girls please be careful if you see those guys at Shah Alam ok! Those f*cking guys have been stalking my friend nonstop. 

“Dua orang classmate I pergi dobi. Lepas itu pergi KFC sebab nak lunch, dalam jam 2 tadi. Elok dia orang tengah nak makan, mereka nampak lelaki-lelaki itu ‘usha’. Dua orang lelaki itu perhatikan classmate I tak henti-henti guys. Like WTF tengok classmate I tu. Classmate I nak makan pun tak senang duduk dah.”

Setelah tidak selesa diperhatikan begitu, kedua-dua gadis tersebut laporkan hal berkenaan ke kaunter KFC. Namun respon yang mereka dapat amat mengecewakan.

This kakak KFC just, ‘Hehehe, ye ke?’ Like WTF dah kena perhati macam tu dia orang masih boleh gelak weh.” 

Rfc 7
gambar hiasan

“Selepas itu, classmate I pun tukar tempat dan cuba teka? Lelaki-lelaki tu ikut mereka tukar seat juga weh. Ya Allah, dia orang datang lagi dekat kot.

“Kemudian, salah seorang daripada lelaki tu keluar dari KFC, manakala yang seorang lagi masih ‘usha’ classmate I secara terang-terangan. I tak tahu apa yang dia orang buat,” sambungnya.

Namun semua itu tidak berakhir di situ saja, sekali lagi rakan kepada Aina telah menukar tempat duduk berdekatan dengan tandas dan tempat basuh tangan. Kali ini lebih mengerikan, lelaki tersebut bangun dan berpura-pura membasuh tangan di situ sedangkan dia tidak makan apa-apa pun. Gilalah! 

“Apa function dia sebab dia tak makan apa tapi pergi basuh tangan dan sengaja lalu depan classmate I tu. Lepas tu usha-usha pandang-pandang macam tu. Ya Allah.

“Kemudian lelaki tadi masuk balik tau. Dia orang tukar seat lagi duduk seat lama tempat classmate I tu duduk. Memang duduk dekat sangatlah senang cerita,” ceritanya.

Dn21Wnovaaaggdn
sumber: twitter

Namun mujurlah kerisauan mereka tidak berpanjangan apabila rakan sekelas lelaki datang menemani dua orang mangsa tersebut selepas diminta rakan sekelas lain yang risau akan keadaan dua gadis tadi.

“Pengurus KFC itu barulah nak ambil tindakan. Dia perhatikan lelaki-lelaki itu dan lelaki berkenaan keluar dari KFC tersebut. Nampak sangatkan niat lain. Dua jam kot?

“Bayangkan, dua jam classmate I duduk dalam ketakutan di KFC itu. And the most f*cking is, dua lelaki tadi masuk kereta dan dalam kereta itu ada ramai lagi lelaki. Ya Allah.” Ngerinya dengar!  

Aina juga menambah,

“Bayangkan classmate I yang lelaki tak datang, lepas tu classmate I tak perasan yang lelaki-lelaki tu ‘usha’ dia orang. I don’t know what will happen. Ya Allah, risau sangat masa tu. 

“Apa pun gadis-gadis di luar sana, berhati-hati okey. Terutamanya di Shah Alam, dah berapa kes berlaku baru-baru ini. Tolong jangan pergi mana-mana seorang diri. Kalau boleh keluar beramai-ramai dan kalau ada kawan lelaki, ajak kawan lelaki.” 

Rata-rata netizen yang membaca entri Aina ini amat terkejut dan takut dengan situasi zaman sekarang yang membimbangkan. Tau takpe!

Good
sumber: twitter

Walau bagaimanapun diharapkan remaja di luar sana berhati-hati dan ambil nasihat mangsa dengan mengelakkan diri daripada keluar berseorangan pada waktu malam. Stay safe girls! 

Baca: Lelaki Pura-pura Tanya Arah Rogol Dan Samun Pelajar IPTA di Shah Alam

Rogols

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.