Gadis Jual Sandwic di Ukay Perdana Tarik Perhatian, Netizen Puji Usaha Cari Rezeki Halal

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:



Kalau di negara jiran, peniaga yang menjual di tepi jalan itu perkara biasa. Mana-mana saja anda boleh melihat penjual surat khabar, tisu, kertas loteri akan mendekati dan kadangkala memaksa anda membeli jualan mereka.

Namun berbeza pula situasinya dengan gadis berhijab yang lengkap memakai apron ini berjalan sendirian membawa sandwic di atas dulang berhias mendekati dari sebuah kereta ke sebuah lagi untuk berniaga.

Menurut mStar, kehadirannya di persimpangan lampu isyarat di Ukay Perdana dan Jalan Lingkaran Tengah Dua (MRR2) menarik perhatian pengguna jalan raya.



Sumber: Facebook

Padanlah ramai yang tertarik. Orangnya cantik juga! 

Foto yang dikongsikan pengguna Facebook Shamsul Abas ini telah menarik perhatian netizen yang rata-rata berbangga dengan usaha yang ditunjukkan gadis ini untuk mencari rezeki yang halal.

Sumber: Facebook

Menurut Shamsul pada entri yang dikongsikannya,

“Hendak beribu daya. Belajar melalui Youtube juga boleh menjadikan anda kaya. Bagaimanapun, gadis ini memilih untuk berniaga yang kita biasa lihat dipelopori lelaki.

“Ketika kenderaan berhenti di persimpangan ini, dia akan berjalan di tepi kenderaan untuk menjual sandwicnya.”



Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Shamsul bagaimanapun menegaskan supaya gadis tersebut haruslah menjaga keselamatan diri kerana dia berniaga berseorangan di tepi jalan. Takutlah kalau ada mat rempit nak meragut kan! 

Sumber: Facebook

Entri Shamsul juga mendapat reaksi dari orang ramai yang pernah menjadi pelanggan kepada roti sandwic buatan gadis tersebut.

“Saya mula membeli sandwic daripada dia sejak bulan lalu. Biasanya sandwic tuna, tapi dia turut jual sandwic sardin dan telur.

“Dulang yang dia bawa tu unik kerana diperbuat daripada buluh. Kadang-kadang dalam lubang buluh tu dia selitkan duit, mungkin senang nak bagi baki,” kata pelanggan, Zariena Kusnin kepada mStar.

Sumber: Facebook

Seorang pelanggan yang hanya mahu dikenali sebagai Bella, 35, juga berkata dia pernah melihat gadis penjual sandwic tersebut di persimpangan lampu isyarat di Jalan Gombak, Kuala Lumpur.



“Senang kalau dia ada, sebab biasanya kita ‘drive thru’ (pandu lalu) untuk beli makanan, tapi dia sendiri datang ke kereta. Dapat juga sarapan pagi masa tunggu lampu hijau,” komen Bella.

Didoakan semoga gadis ini terus sukses dengan bisnes sandwicnya. Mana tahu dapat peluang buka kedai makanan yang lebih besar lepas ini kan? 

Baca: Orang Ramai Sanggup Beratur Beli Nasi Lemak RM1 Demi Membantu Wanita Ini

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:


Written by Syaida Ismail

Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!