in

Gadis Dikecam Netizen Tidak Membayar PTPTN Tetapi Mampu Beli Beg Tangan Chanel

Edit

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Anda semua tahu, zaman sekarang ni apa sahaja yang berlaku pasti nak di viralkan. Dengan harapan dapat back up daripada orang ramai.


Apple Tan Qian Jing, baru-baru ini memuat naik status tentang pengalaman yang dilaluinya di lapangan terbang untuk memberi peringatan kepada orang ramai tetapi sebaliknya beliau telah dikecam oleh netizen. Heh!

Oh, mungkin ramai di antara anda tidak mengenali Apple. Beliau adalah seorang social media influencer dan dikenali dalam kalangan masyarakat Cina. Apple mempunyai 331ribu pengikut di Facebook dan 260ribu di Instagram.

G3
sumber: facebook | apple tan qian jing

[sociallocker id=1666]

Melalui status Facebook beliau, Apple dikatakan mahu memberi peringatan dan nasihat kepada semua pengikutnya tentang pembayaran semula kepada PTPTN. Status beliau dimulakan dengan ayat,

Sesiapa yang berhutang dengan PTPTN, sudahkan anda membayar semula (sepenuhnya)? Jika belum, lebih baik anda bayar secepatnya! Jika tidak anda akan dihalang keluar daripada Malaysia!”

Menurut Apple, beliau berada di lapangan terbang untuk pergi melancong sebelum ditahan oleh pegawai bertugas ketika di bahagian pemeriksaan kastam. Pegawai itu menahannya dan memberitahu Apple bahawa beliau dihalang keluar dari Malaysia kerana tidak membayar PTPTN!

A 2
sumber: facebook | apple tan qian jing

Meskipun sudah tahu dirinya bersalah kerana tidak membayar hutang, Apple sebaliknya menyalahkan PTPTN kerana tidak follow up dengannya. Menurutnya, beliau tidak menerima notifikasi atau peringatan daripada pihak PTPTN. Dah malu lah tu!

Bukannya saya tidak mahu membayar, mereka yang tidak follow up dengan saya. Mana lah saya tahu nak bayar macam mana, berapa perlu saya bayar dan di mana perlu saya buat bayaran.”

Eh, sendiri salah nak bagi alasan pulak… Apple turut memberitahu bahawa beliau lupa akan hal tersebut.

Well, secara logiknya kalau anda mempunyai hutang dengan PTPN dan belum melangsaikannya sudah pasti perkara pertama yang anda akan ingat adalah masalah blacklist serta ditahan di lapangan terbang, jika anda mahu melancong ke luar negara. Kan?!

Netizen rata-rata mempersoalkan tentang bagaimana seseorang yang berhutang dengan PTPTN boleh LUPA untuk membayar?

Malaysian Personality Under Fire By Netizens For Not Paying Ptptn In Full World Of Buzz 3

“Kalau tiada kerja lain nak buat, mungkin anda perlu membaca lebih banyak berita. Jangan hanya sibuk dengan Facebook dan Instagram sahaja. Sebagai peminjam, anda yang sepatutnya mengambil tahu dan follow up, bukannya mengharapkan mereka untuk menghubungi anda.”

Lebih teruk lagi, mereka (netizen) dapat tahu Apple membeli sebuah beg tangan berjenama mewah Chanel baru-baru ini. Chanel wehhhhh!

[sociallocker id=1666]

G 1
sumber: facebook | apple tan qian jing

“Anda mampu untuk membeli beg tangan Chanel tetapi tidak mahu membayar hutang PTPTN. Mesti awak ada guna sedikit duit kerajaan untuk beli beg tersebut.” komen seorang netizen.

Biasalah, kalau kes viral macam ni laju je rakyat Malaysia korek cerita... Netizen malah turut meninggalkan komen di gambar-gambar lama yang dimuat naik oleh Apple. Termasuklah gambar beliau bersama pemuzik antarabangsa terkenal, Alan Walker!

Alan
sumber: facebook | apple tan qian jing

Alan1 1

“Adakah Alan Walker tahu anda tidak bayar semula hutang PTPTN?” Perli habissss!

Selepas menyedari perkara ini memberi banyak kesan negatif,  Apple kemudian memuatnaik satu kenyataan memohon maaf di atas apa yang berlaku:

Pertama sekali, terima kasih kerana peka dengan topik ini. Saya memohon maaf secara terbuka tentang bagaimana cara saya menceritakan pengalaman saya. Namun, saya harap anda semua faham bahawa saya sebenarnya berniat baik. Saya harap anda semua membayar hutang masing-masing untuk mengelakkan daripada menghadapi masalah sebegini. Lagipun, saya sudah selesaikan hutang saya dan membayar semua baki pinjaman. Sememangnya ia salah saya sendiri kerana tidak menyelesaikannya lebih awal. Saya harap anda semua tidak mengulangi kesilapan yang saya lakukan. Saya mohon maaf. Isu ini (pinjaman) sudah pun selesai. Terima kasih kepada mereka yang memberikan mesej positif dan kepada yang menegur kesilapan saya.”

[/sociallocker]

Maafkan jela dia. Tiada manusia yang sempurna, biasalah setiap orang pasti membuat kesilapan. Jangan lupa bayar hutang PTPTN okay gais!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.