in

Gadis Diculik Lompat Keluar Dari Kereta Sebelum Penculik Langgar Pokok dan Ditangkap Orang Awam

Culik

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kelmarin, seorang remaja perempuan telah diculik oleh seorang lelaki ketika sedang berjalan dengan rakan-rakannya. Kejadian berlaku kira-kira jam 8.45 malam di Kota Tinggi, Johor.


Menurut World of Buzz, gadis berusia 15 tahun itu sedang berjalan bersama rakan-rakannya di sebuah kedai runcit di Bukit Samsu, Kota Tinggi sebelum sebuah Perodua Myvi berwarna putih berhenti di tepi mereka. Penculik itu yang berseorangan kemudian menarik mangsa masuk ke dalam Myvi dan terus pergi dari situ.

Culik3
sumber: facebook

Nasib baik, remaja itu menyedari pintu kereta tersebut tidak dikunci. Takut dan mahu melepaskan dirinya, gadis itu memberanikan diri membuka pintu dan melompat keluar dari kenderaan tersebut. DIsebabkan tindakan beraninya itu, dia mengalami kecederaan ringan dengan kesan calar di lengan dan kakinya.

Melihat tindakan gadis tersebut, penculik berkenaan panik dan hilang kawalan kereta yang dipandunya itu sebelum melanggar sebuah pokok yang kemudiannya berjaya menarik perhatian orang awam. Tidak lama selepas itu, orang awam menahan penculik tersebut dan menyerahkannya kepada pihak berkuasa.

Culik2
sumber: facebook

Menurut polis, penculik berkenaan merupakan seorang lelaki warganegara Malaysia berusia 34 tahun dan mempunyai dua pertuduhan berkaitan dadah sebelum ini. Polis juga mengesahkan bahawa dia berada di bawah pengaruh dadah ketika melakukan penculikan tersebut.

Culik1
sumber: facebook

Kes masih dalam siasatan pihak polis di bawah Seksyen 363 Kanun Keseksaan kerana menculik. Lelaki itu bakal menghadapi tujuh tahun penjara dan denda jika sabit kesalahan.

Tahniah kepada orang awam kerana segera bertindak, kalau tak mungkin dia sempat melarikan diri!

Baca: Wanita Kongsi Saat Mendebarkan Ketika Anaknya Hampir Diculik di IOI Mall Puchong

Ioi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.