in

Gadis Curi Barang Kemas Berjumlah RM50,000 Pada Hari Pertama Kerja di Tesco Kulim

Curi1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
Gadis Curi Barang Kemas Berjumlah RM50,000 Pada Hari Pertama Kerja di Tesco Kulim
Loading
/

Bukan senang hendak mencari orang yang jujur di zaman sekarang. Baru hari pertama bekerja di sebuah kedai emas dekat Tesco Kulim, gadis ini sudah panjang tangan mencuri barang kemas bernilai hampir RM50,000.


Menerusi perkongsian di laman Facebook Kedai Emas Goldfinch, wanita yang dikenali sebagai Ellieya Binti Jamil, 29, ini telah didakwa mencuri barang kemas pada jam 6 petang semasa salah seorang dari staf kedai emas tersebut pergi ke tandas.

1 1
sumber: facebook

Melalui bukti rakaman CCTV, suspek dilihat memasukkan beberapa utas gelang tangan ke dalam lengan bajunya yang panjang.

Capture 20170525 112123
sumber: facebook
Capture 20170525 112226
sumber: facebook
Capture 20170525 112331
sumber: facebook

Setelah rakan sekerjanya kembali dari tandas, suspek kemudian memberitahu bahawa dia ingin keluar makan sebelum mengambil kesempatan tersebut untuk melarikan diri.

18620344 1747238211959071 9122216336823688288 N
sumber: facebook

Menurut pengendali laman Facebook Kedai Emas Goldfinch, suspek tidak memberikan kad pengenalannya kepada majikan dengan alasan dia terlupa untuk membawanya ke tempat kerja.

Berikutan kejadian itu, kedai emas ini telah mengalami kerugian hampir RM50,000. Laporan polis juga telah dibuat berkenaan hal tersebut.

18582125 1747226171960275 5108967466711840941 N
sumber: facebook

Pihak Kedai Emas Goldfinch juga meminta supaya netizen menyebarkan gambar wanita itu dan berjanji akan memberi ganjaran sebanyak RM3,000 kepada sesiapa yang berjaya menangkap suspek.

Jadilah seorang pekerja yang amanah. Kalau dah buat perangai macam ni, siapa yang malu? Habis muka dah tersebar ke seluruh media sosial. Ish, ish, ish…

Tonton video di bawah:

Baca: Dua beradik Ditahan Mencuri Wang Tabung Masjid, Guna Telekung Elak Muka Dirakam CCTV

Curi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.