Gadis Cantik Jadi Mak Guard Buat Ramai Lelaki Tak Sabar Nak Ambil Anak Dari Sekolah

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:



Jika sebelum ini ada lelaki pernah meminta gigi dicabut semata-mata kerana mahu berjumpa jururawat pergigian tercantik di dunia. Kali ini mungkin ada pula yang tidak sabar untuk menjemput anak, anak saudara mahupun adik untuk pulang dari sekolah.

Jarang sekali kita lihat perempuan memilih kerjaya sebagai seorang pengawal keselamatan, apatah lagi seorang gadis muda. Sri Mahyuni Munif yang lebih dikenali dengan nama Yuni merupakan seorang gadis yang telah memilih untuk menjadi pengawal keselamatan sekolah, lapor Harian Metro.

Sumber: Harian Metro
Sumber: Harian Metro

Dengan rupa paras cantik menawan, ramai netizen mengatakan bahawa gadis ini boleh mencari pekerjaan yang lebih baik sebagai seorang model ataupun pekerja salun kecantikan. Pun begitu, gadis berusia 19 tahun ini tidak hiraukan kata-kata orang dan hanya memilih kerja yang halal bagi membantu keluarga.



“Saya tak kisah orang pandang rendah atau mengata kerja saya kelas bawahan, asalkan saya buat kerja halal untuk menampung keluarga.”

Memilih untuk berkhidmat di sebuah sekolah kebangsaan dekat Kampung Datuk Keramat, Yuni mengakui bahawa dia memilih pekerjaan itu kerana sukakan kanak-kanak. Terpaksa menamatkan persekolahannya di tingkatan dua, anak sulung daripada dua beradik ini bekerja sejak lima tahun yang lalu bagi membantu menyara keluarga selepas bapanya yang berusia 54 tahun mengalami masalah kesihatan.

Sumber: Harian Metro
Sumber: Facebook

“Ayah pernah kemalangan kira-kira 20 tahun lalu dan kesan dari kemalangan itu lebih buruk selepas dia bekerja sebagai buruh binaan menyebabkan tulang dan badannya sakit-sakit sehingga tidak lagi berdaya mengangkat barang berat.

“Saya meminta ayah berehat dan saya sanggup berhenti sekolah untuk bekerja demi meneruskan persekolahan adik dan menyara keluarga selain membantu ibu yang bekerja sebagai pembantu kedai makan.”

Sumber: Facebook
Sumber: Harian Metro

Biarpun dihalang oleh bapanya pada waktu itu, Yuni tetap bertegas untuk berhenti sekolah dan bekerja kerana tidak sanggup melihat bapanya bekerja dalam kesakitan demi keluarga. Pernah melakukan pelbagai jenis pekerjaan sebelum ini, Yuni mula bekerja sebagai pengawal keselamatan sekolah sejak Januari tahun lalu.



Dek kerana tularnya gambar Yuni memakai pakaian seragam pengawal keselamatan di media sosial, ramai netizen meninggalkan komen menyatakan mereka tidak sabar untuk mengambil anak dari sekolah. Ada juga yang tiba-tiba teringat bahawa mereka ada tertinggal barang di bilik guard lima tahun lalu semata-mata untuk mengunjungi sekolah tempat gadis ini bekerja.

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook 

Yuni yang tidak ambil kisah dengan komen-komen negatif dilemparkan kepadanya mengakui bahawa dia mengambil kata-kata tersebut untuk dijadikan semangat dan terus kuat sebagai seorang pekerja yang lebih bermotivasi.

Bagusnya Yuni ni, tak kisah kerja apa pun asalkan halal dan dapat membantu keluarga. Semoga Yuni dimurahkan rezeki di masa akan datang! 

Baca: Lelaki Minta Gigi Dicabut Semata-mata Nak Jumpa Jururawat Pergigian Tercantik Di Dunia

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:


Written by Asma' Razak

Suka dinosaur tetapi minat filem bergenre futuristik, bercita-cita mahu jadi vegetarian dan berharap ikan diklasifikasikan sebagai tumbuhan.