in

Foto Tentang Kasih Sayang Antara Ibu Bapa dan Anak Buat Ramai Netizen Tersentuh

22519061 10210391187200485 1387156178032960896 N 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak akhir-akhir ini begitu banyak berita dan kisah viral berkenaan keganasan, kebencian dan kemusnahan yang berlaku di pelosok dunia yang membuatkan netizen tidak senang duduk dan sentiasa dihurung rasa marah.


Namun perkongsian dari seorang pengguna Facebook bernama Restoris A. Fatiha ini telah mengundang rasa sebak di kalangan netizen. Entri yang memaparkan gambar kasih sayang antara ibu bapa dan anak di atas tren di Indonesia ini telah dikongsikan sebanyak 4,600 kali dan mendapat lebih 1,000 komen sejak minggu lalu.

22519061 10210391187200485 1387156178032960896 N
sumber: facebook

Restoris menulis,

Sayangilah orang tuamu sebagaimana orang tuamu menyayangimu, membesarkanmu, mendidikmu dan merawatmu dengan sepenuh hati.”

Menurutnya, gambar tersebut telah diambil sekitar jam 6.20 pagi ketika dia berada di atas tren yang menuju ke Solo dari Kutoarjo di Jawa Tengah. Pada ketika itu, dia mula menyedari bahawa lelaki yang berada di bahagian kiri gambar tersebut sedang duduk bersama ayahnya yang berusia lebih kurang 75 ke 80 tahun.

22489827 10210391188120508 79180887858056245 N
sumber: facebook

Lelaki berkenaan dilihat menerima panggilan telefon dengan tangan kanannya ketika si bapa secara tiba-tiba bersandar pada tubuhnya. Dia kemudian mengubah posisi telefonnya ke tangan sebelah kiri sambil tangannya kanannya mendakap lelaki tua itu supaya mereka lebih selesa.

22490060 10210391187800500 3868385880464199004 N
sumber: facebook

Sebaik sahaja selesai menjawab panggilan, lelaki tersebut merangkul bapanya dengan kedua-dua belah tangan. Alahai untung si bapa ada anak yang penyayang! 

Manakala di tempat duduk sebelah, pasangan datuk dan nenek pula dilihat sedang mengambil gambar ‘wefie’ bersama cucu mereka.

“Yang sebelah gambarnya pula adalah datuk nenek dengan cucu. Keadaan ini mengingatkan kita sebagai seorang anak untuk sentiasa menyayangi dan mencintai ibu bapa kita dengan cara yang mudah,” kata Restoris.

Rata-rata netizen yang melihat gambar tersebut meluahkan rasa sebak dan terharu dengan dua situasi yang berbeza, namun memberi makna yang mendalam.

Dswf
sumber: facebook

Ibu dan ayah adalah harta yang paling berharga dalam dunia ini. Hargailah mereka sementara mereka masih ada. 

Baca: “Datang dari jauh naik bas tapi tak ada sapa tolong” – Kisah Sedih Warga Emas Jamin Anak Kes Dadah

Ibu Bapa Jamin 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.