in

Foto Bapa Kira Duit Syiling Ini Buat Orang Ramai Sebak. Rupa-rupanya Kerana….

Kira Syiling

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
Foto Bapa Kira Duit Syiling Ini Buat Orang Ramai Sebak. Rupa-rupanya Kerana....
Loading
/

Kalau anda ternampak duit syiling 5 sen terjatuh di atas jalan, adakah anda akan mengutip dan menyimpannya? Majoriti daripada kita sudah pasti akan buat tidak tahu dan menganggap wang syiling tersebut seperti tidak bernilai langsung. Nak buat apa dengan 5 sen kan? Air kosong sekarang pun RM1 harganya!


Pun begitu, bagi sesetengah orang duit syiling 1 sen, 5 sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen itu sangat penting dan besar nilainya bagi kehidupan mereka. Menerusi perkongsian Jenny Sumalpong di Facebook, dia telah memuat naik gambar seorang lelaki dari Filipina sedang mengira beratus-ratus duit syiling dengan gigihnya daripada beberapa buah botol plastik. 

Screen Shot 2018 02 07 At 11 21 07 Am
sumber: facebook

Dia menulis,

Ini bapa kepada bayi Esang. Melihat gambar ini saya jadi sebak. Dia sedang mengira duit syiling untuk membayar bil pembedahan hospital anaknya yang sedang sakit.” 

Foto tular Jeric sedang mengira wang syiling itu telah mendapat reaksi daripada netizen yang rata-rata sedih dan bersimpati dengan nasib yang dialami keluarga tersebut.

Menurut Jenny, Jeric Aquino Trestre telah mengumpul sejumlah duit syiling untuk membayar rawatan perubatan buat anaknya Zhianna Ezra atau Esang yang baru berusia 11 bulan. Esang dikatakan disahkan menghidap Biliary Atresia, lapor Inquirer.

Father Collects Coins For Daughter S Surgery 2
sumber: era fm
Esang4
sumber: inquirer

Penyakit yang berkaitan organ hempedu itu memerlukan rawatan dengan segera. Namun, akibat kekangan kewangan, pembedahan Esang terpaksa ditangguhkan sehingga bapanya memperoleh wang yang mencukupi. Aduhai kesiannya! 

Situasi Jeric yang mengira wang di atas lantai itu juga telah dirakam seorang staf medik yang kebetulan bekerja syif malam pada waktu tersebut. Rabi Yamat memberitahu Jeric kelihatan gigih mengira wang syiling yang diperolehnya hasil derma di jalanan.

27540118 10215328898997734 8349508650350723562 N
sumber: facebook

Ibu dan bapa Esang juga memberitahu pembedahan anaknya dijangka bakal diadakan di Hospital Appollo, New Delhi, India yang mana mereka memerlukan lebih 1.6 juta peso iaitu bersamaan RM 120,000.

Harap-harap adalah pihak yang bermurah hati untuk membantu keluarga malang ini. Semoga bayi Esang sihat seperti sediakala. 

Baca: “Pakcik ada duit lain?” – Bapa Sanggup Beri Anak RM400 Meskipun Hanya Ada RM7 Untuk Dirinya

Bapa

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.