in

“Fattah sangat positif dan terbuka” – Sajat ‘Skandal’ Baru Fattah Amin?

Page 1 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
"Fattah sangat positif dan terbuka" - Sajat 'Skandal' Baru Fattah Amin?
Loading
/

Siapa tidak kenal dengan usahawan kosmetik cantik, Nur Sajat yang sentiasa ada kontroversi dan menjadi perhatian ramai. Terbaru, kecoh di media sosial mengatakan Sajat merupakan ‘skandal’ terbaru pelakon kacak kegilaan ramai, Fattah Amin? Habis Fazura macam mana?


Lebih menarik perhatian, Sajat dirakam anggun menggayakan gaun hitam dan bergincu merah ketika dilihat bersama pelakon kacak itu.

Sajat

Menurut mStar, kisah mereka berdua mendapat perhatian ramai netizen selepas tular di media sosial video di sebalik penggambaran sebuah drama arahan Michael Ang, Coffee PrinceMesti peminat Fatzura marah kan?

Jangan cepat melatah, Sajat sebenarnya hanya membuat kemunculan khas dalam drama bersiri tersebut. Menurut Sajat, 32, dia hanya membawakan watak kecil yang membuat kemunculan singkat digandingkan bersama Fattah.

Fattah
sumber: instagram

“Saya memegang watak kecil sebagai seorang wanita yang bekerjaya. Adegan ini menunjukkan sesi perkenalan antara saya dan Fattah.”

Sajat sama sekali tidak kekok di hadapan kamera memandangkan ia bukanlah kali pertama dia menunjukkan bakat lakonannya kerana sebelum ini usahawan itu pernah membawa watak pelakon tambahan dalam filem Ophilia yang diterbitkan pada tahun 2014.

Sajat akui selesa dengan sikap pelakon kacak berusia 27 tahun itu selain berkata dia mudah bekerjasama dengannya.

“Fattah seorang yang sangat positif dan terbuka. Lagipun kami dah buat latihan dahulu sebelum sesi penggambaran.”

Meskipun hanya membawakan watak kecil, Sajat berharap lakonannya dapat memberi impak yang besar kepada para penonton.

“Saya terima tawaran berlakon daripada Michael ni pun disebabkan watak kecil tetapi memberi impak yang besar dalam drama ini.

“Mesti ramai tertanya-tanya kami berkenalan sebagai apa kan. Mungkin ‘skandal’ mungkin kenalan. Kalau nak tahu sama ada saya akan jadi ‘skandal’ bagi watak yang dilakonkan Fattah, kenalah tonton drama ni nanti.”

Drama Coffee Prince arahan Michael Ang itu menggandingkan Fattah bersama Janna Nick yang merupakan adaptasi drama Korea lakonan asal Gong Yoo, Yoon Eun-hye, Lee Sun-kyun dan Chae Jung-an.

Sajat 4
sumber: instagram
Sajat 5
sumber: instagram

Buat debar jela, ingatkan skandal betul tadi. Kalau ye mesti peminat Fatzura dah berang. Huhu

Baca: ‘Saya dah puas dimanipulasi oleh dia..’ – Joy Revfa Dakwa Hafiz Keruhkan Keadaan

Joy Feature

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.