in

Farid Kamil Didakwa Ambil Dadah Zombi, Alami Halusinasi Semasa di Lokap

Ffff
PETALING JAYA, 12/01/2018. Famous film actor and director Datuk Farid Kamil Zahari slapped a traffic police officer and kicked two civilians for four days to assist in the investigation at the Petaling Court Complex. pic by MALAYMAIL/Hari Anggara.

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hari ini cukup empat hari Datuk Farid Kamil telah ditahan reman semenjak insiden kekecohan yang berlaku di Balai Polis Trafik Kota Damansara pada 11 Januari, Khamis lalu. Sepanjang pelakon Pinjamkan Hatiku ini direman, pelbagai kisah yang tersebar mengenainya sama ada baik atau buruk sehingga melibatkan hubungannya dengan isteri, Diana Danielle dan anak-anak mereka.


Terbaru hari ini, sumber polis telah mengeluarkan kenyataan bahawa pelakon yang baru sahaja menerima gelaran datuk itu berkemungkinan telah mengambil sejenis dadah baru yang bernama new psychoactive substance (NPS), lapor MMO.

Selama beberapa hari di lokap balai polis Damansara, keadaan emosi tidak stabil yang dialami Farid telah menyebabkan pihak polis mengesyaki pelakon berusia 34 tahun itu telah mengambil dadah jenis itu. 

152E
sumber: mmo

“Dadah NPS merupakan dadah baharu yang semua orang tahu pengambilannya gagal dikesan melalui ujian air kencing,” kata sumber polis tersebut.

Walau bagaimanapun kini, pihak polis masih menyiasat kemungkinan perkara tersebut berlaku dan dari mana lokasi bekalan dadah tersebut diperoleh. NPS merupakan sejenis bahan kimia dalam bentuk cecair dan serbuk yang dijadikan dadah dengan kesan lebih kuat iaitu boleh menjadikan penagih bagaikan ‘mayat hidup’ ataupun zombi. Aduhai! 

Sungguhpun begitu, Farid ketika ditemui hari ini di Mahkamah Petaling Jaya dilihat tersenyum dan tenang ketika diucapkan kata-kata semangat terhadapnya ketika melalui detik sukar dalam hidup. Dia juga sempat mengucapkan terima kasih kepada semua pihak dan peminat yang terus-terusan memberi sokongan dan doa kepadanya.

“Terima kasih semua sebab doakan saya,” katanya sebelum memasuki kenderaan polis dan dibawa keluar mahkamah.

26731349 314420439078955 4889235314535772963 N
sumber: facebook

Sementara itu, Diana Danielle dalam keterangannya kepada polis di Kosmo! menafikan kewujudan keretakan rumah tangga dengan Farid. Suaminya juga disambung reman hari ini untuk membantu siasatan berhubung kes menampar anggota polis dan orang awam di balai polis Damansara, selain didapati ujian air kencing positif dadah jenis ganja.

Farid Diana
sumber: lipstiq

Semoga semuanya baik-baik sahaja dan segala urusan pelakon ini dipermudahkan oleh-Nya. 

Baca: Rakan Artis Beri Kata-kata Semangat Buat Farid Kamil Berkaitan Isu Ditahan Polis

Farid

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.