in

Facebook Bakal Perkenal Butang ‘Snooze’, Untuk Diamkan Rakan Yang ‘Annoying’

Facebook A

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Facebook merupakan sebuah platform web rangkaian sosial yang membolehkan para pengguna berkongsikan gambar, video, berita dan mesej mereka di laman tersebut. Menurut Sinar Harian, di Malaysia sahaja, Facebook kini mempunyai lebih 18 juta pengguna aktif.


Loei Thailand May 10 2017 Hand Holding Samsung S8 With Mobile Application For Facebook On The Screen 1232 4912
gambar hiasan

Namun disebabkan Facebook telah menjadi terlalu umum, ada sahaja perangai kenalan kita yang akan kongsikan berita yang menjengkelkan hinggakan kita tidak tahu bagaimana hendak bertindak balas. Betul, rasa nak unfollow pun ada!

Kini para pengguna tidak perlu risau lagi kerana Facebook tidak lama lagi akan memperkenalkan sebuah tetapan yang dipanggil ‘Snooze’. Tetapan ini merupakan satu pembaharuan untuk menaik taraf elemen ‘mesra pengguna’ bagi laman sosial Faceook, lapor Astro Awani.

Tidak tahu apa itu tetapan ‘Snooze’? Mari kami terangkan!

‘Snooze’ sebenarnya digunakan buat para pengguna yang tidak mahu melihat kemaskini rakan di timeline Facebook mereka. Tetapan ini juga membolehkan pengguna untuk tidak menyingkirkan mana-mana rakan dalam senarai kenalan mereka. Bagus juga kan? Tak perlu la setiap kali annoyed, nak unfollow mereka dalam senarai kenalan!

953Ff0Fa4827Ad25C0D6C036Bc3E
gambar hiasan

Tetapan ini juga sedikit berbeza dari tetapan unfollow kerana tetapan ‘Snooze’ membenarkan pengguna untuk membuat pilihan garis masa, iaitu dari 24 jam sehingga 30 hari.

gambar hiasan

Selain daripada itu, ‘Snooze’ membolehkan anda mengawal post mana yang anda mahu lihat dalam tempoh masa yang diinginkan.

Buat masa ini, tetapan ‘Snooze’ masih dalam proses uji kaji dan Facebook masih belum umumkan bila tetapan ini akan diperkenalkan kepada semua pengguna. Tak lama lagi la tu. Tunggu ye!

Best kan? Sekarang penyelesaian kepada masalah rakan yang annoying boleh diselesaikan dengan satu klik butang sahaja. Tak sabarnya!

Baca: Rakyat Malaysia Kini Dengan Mudahnya Boleh Membuat Laporan Polis Dengan Menggunakan Aplikasi VSP

Capture 42

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.