Enam Sekeluarga Terpaksa Tinggal Bawah Jejambat Lebuhraya MRR2 di Pandan Perdana

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:



Pasangan suami isteri ini bersama empat anak mereka sudah tinggal di bawah jejambat MRR2 laluan Pandan Perdana dengan berbekalkan sebuah khemah, dapur memasak dan beberapa barang peribadi serta keperluan asas sejak dua bulan lalu.

Menurut si bapa, Jeffry Husin, 41, kerana gagal membayar tunggakan sewa rumah di flat kos rendah kawasan itu, mereka sekeluarga telah diusir. Keluarga berkenaan akan memasak dan makan di bawah jejambat itu setiap hari.

Sumber: Facebook
Sumber: The Star

Kecederaan yang dialami pada tulang belakang selepas berlaku kemalangan pada tahun 2006 menyebabkan tangannya lemah di bahagian kiri.



Disebabkan itu, Jeffry terpaksa berhenti kerja sebagai pengawal keselamatan setahun yang lalu. Semenjak itu, Jeffry tidak mempunyai pekerjaan tetap dan ada kalanya dia mendapat wang hasil dari menjual barangan terpakai.

Sebelum dihalau keluar oleh tuan rumah itu, Jeffry bersama isterinya, Siti Nor Sazila Zakaria, 30, dan empat orang anak mereka berusia dalam lingkungan 9 bulan hingga lapan tahun sudah menyewa rumah tersebut sejak 11 tahun lalu.

Dia yang masih perlu ke hospital mendapatkan rawatan mempunyai masalah untuk membayar sewa rumah memandangkan setiap minggu perlu membayar kos rawatan terapi.

Bayaran sewa rumah saya tertunggak, jadi saya mahu bayar RM200 dahulu tetapi tuan rumah enggan menerimanya.

Saya hanya mampu bayar separuh duit kos rawatan di hospital dan masih perlukan wang sebanyak RM150 seminggu untuk kos ubat serta rawatan terapi.”

Menurutnya, sebelum diusir dari rumah sewa itu, setiap hari tuan rumah akan datang dan menjerit-jerit memanggil nama mereka. Kini, mereka sekeluarga terpaksa tinggal di bawah jejambat dengan persekitaran tidak bersih menyebabkan anak bongsunya kerap demam.

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Demi keselamatan dan menjaga kesihatan anak-anaknya, Jeffry akan menghantar mereka ke rumah kakaknya untuk menumpang tidur pada waktu malam.



Namun, difahamkan, keluarga itu telah menerima bantuan wang serta barangan keperluan dari wakil rakyat kawasan tersebut. Malah, wakil rakyat itu juga dikatakan telah menghubungi Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk mencari rumah buat keluarga Jeffry.

Pihak Zakat Selangor yang mendapat berita tentang keluarga ini dilaporkan telah membantu Jeffry membayar deposit sewa serta bantuan sewa rumah bulanan sementara mendapat pekerjaan. Zakat Selangor turut memberi bantuan pendidikan untuk empat anaknya.

Sumber: Facebook

Seorang netizen yang baik hati dikatakan turut memberi sumbangan selain menawarkan pekerjaan kepada Jeffry sebaik sahaja mereka tinggal di rumah baru itu nanti.

Diharap lebih ramai keluarga kurang bernasib baik dan kurang berkemampuan diberi bantuan seperti ini.

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:


Written by Sue Idris

Suka thriller movies, suka kucing, suka makan, suka kopi, suka melancong, suka shopping, suka berangan, eh suka semua lah!