in

Empat Jalan Ditutup Sehingga Januari Bagi Kerja Naik Taraf Jalan Tun Razak

Smart Featured

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ini adalah sebab mengapa kita perlu membaca sesuatu informasi sepenuhnya sebelum membuat spekulasi yang tidak benar!


Menurut Syarikat Mengurus Air Banjir dan Terowong Sdn Bhd (SMART), penutupan empat jalan di ibu negara mulai 6 Oktober lalu di sekitar Jalan Tun Razak, Jalan keluar Bulatan Kampung Pandan, serta Jalan Davis bukan penutupan sepenuhnya.

Smart 1
sumber: mh online

Kenyataan yang dikeluarkan pihak SMART semalam menyatakan bahawa penutupan kesemua jalan berkenaan sehingga Januari tahun depan oleh Gadang CRFG Consortium Sdn. Bhd adalah bagi kerja-kerja menaik tarak di Jalan Tun Razak, lapor mStar.

Penutupan itu adalah bagi kerja menaik taraf bagi tujuan menambah baik sistem penyuraian trafik di kawasan ibu kota, di Jalan Tun Razak dari Jalan Langgak Golf ke Bulatan Kampung Pandan dan Tun Razak Exchange (TRX),”

– SMART

Smart 2
sumber: amusing planet

Oleh itu, pihak SMART menasihatkan pengguna lebuh raya supaya menggunakan jalan alternatif untuk ke pusat bandar agar perjalanan menjadi lebih cepat dan selesa.

“Pengguna lebuh raya dari arah Seremban-Cheras-Sg.Besi yang hendak ke pusat bandar Kuala Lumpur seperti Jalan Tun Razak-KLCC, Bukit Bintang, boleh menggunakan Lebuh raya Smart untuk sampai ke destinasi tersebut dengan lebih lancar.”

Bagaimanapun, pengguna yang mahu keluar dari pusat bandar Kuala Lumpur pula boleh menggunakan Lebuhraya SMART bagi mengelakkan kesesakan trafik seperti di Jalan Davis dan Bukit Bintang.

SHARE maklumat ini supaya keluarga dan rakan-rakan tahu. Boleh lah elak lalu jalan tu!

Baca: Pengguna LRT Kini Dibenarkan Bawa Masuk Basikal Dalam Tren Untuk Elak Kesesakan Lalu Lintas di Kuala Lumpur

Lrt 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.