in

Duta Produk Kecantikan Dikecam Hebat Selepas Muat Naik Gambar ‘Pose’ Mengangkang

Gadis Kangkang Featured

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebagai wanita berhijab, setiap pergerakan, perlakuan serta gaya penampilan sentiasa diperhatikan orang ramai. Jika ada yang tidak kena dan tidak seharusnya berlaku, pasti akan ditegur atau lebih sering dilakukan netizen zaman ini, kecam. Kalau bab kecam laju je semua.


Seorang duta produk kecantikan dari Terengganu baru-baru ini dikecam hebat oleh netizen selepas memuat naik beberapa gambar dengan ‘pose‘ mengangkang di media sosial, lapor mStar.

Lebih teruk lagi, salah satu gambar yang dimuat naik disertakan dengan caption, “Nasi kangkang nak?”. Perghhhh!

Gadis Kangkang2
sumber: mstar
Gadis Kangkang1
sumber: mstar

Seperti yang semua ketahui, nasi kangkang merupakan sejenis ilmu hitam digunakan wanita untuk menundukkan suami atau lelaki tertentu yang haram di sisi agama Islam.

Tindakan ‘berani mati’ gadis berkenaan membuatkan ramai pengguna media sosial mengecam dirinya habis-habisan. Selepas menjadi tular, gadis bernama Nur Dania Abdul Wahab itu dikatakan sudah menukar caption kepada emoji selain turut menutup ruangan komen pada gambar tersebut.

Gadis Kangkang4
sumber: mstar

Gadis yang lebih mesra dipanggil Yaya itu bagaimanapun tampil menjelaskan bahawa dia sama sekali tidak menyangka akan diserang netizen kerana tujuannya berbuat sedemikian adalah kerana ‘suka-suka’.

“Pada mulanya, saya sekadar suka-suka muat naik gambar mengangkang tu. Tapi, ramai yang DM menyindir saya tanya buat ‘nasi kangkang’ ke?

“Sebab tu lah, saya buat keterangan ‘nasi kangkang’ pada gambar seterusnya bagi membalas pertanyaan dan sindiran netizen.”

Gadis Kangkang3
sumber: mstar

Menurut Yaya, disebabkan gambar-gambar kurang sopan itu, dia turut dimarahi keluarganya. Gadis berusia 19 tahun berkenaan turut mengakui bahawa gambar-gambar dengan aksi mengangkang itu dianggap tidak sesuai dalam kalangan masyarakat di Malaysia. Tau punnn!

Haa itulah, jangan suka-suka nak posing, suka-suka nak post gambar. Netizen bukannya suka-suka nak kecam, dah memang terang lagi bersuluh kurang sopan gambar awak tu dik. Harap ambil pengajaran ye.

Baca: “Situ tempat makan orang nak romantik, awak bawa orang tua awak kat situ pula…”

Feature1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.