in

Dulu Dibuli Dan Diejek ‘Monster’ Oleh Rakan Sekolah, Kini Calon Ratu Cantik Malaysia

Evita Feature

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tiada siapa minta untuk menjadi mangsa buli dan diejek rakan-rakan dengan kata-kata yang mengguris hati. Namun, itulah yang dilalui gadis ini sehinggakan keluarga menjadi saksi drama air matanya setiap kali pulang ke rumah selepas waktu persekolahan.


Evita Patcey Edgar Delmundo, 20, dilahirkan mempunyai tanda tahi lalat dalam pelbagai saiz dan bentuk memenuhi seluruh wajah dan badannya.

Evita Monster4
sumber: instagram

Disebabkan itu, dia pernah menjadi mangsa buli ketika sekolah dan diejek rakan-rakan yang menganggap ianya satu kecacatan sehingga digelar sebagai ‘monster’. Setiap hari air matanya berjujuran dek kerana tidak dapat menahan ejekan itu. Yela, siapa tahan kan kalau hari-hari kena ejek.

Evita Monster8
sumber: instagram
Evita Monster9
sumber: instagram

Namun, siapa sangka, gadis yang berasal dari Kudat, Sabah ini kini disenaraikan dalam saringan 50 peserta awal bagi pertandingan ratu cantik Miss Universe Malaysia 2018. Wow!

Evita Monster
sumber: instagram

Evita ketika diwawancara mStar akui terkejut apabila mendapat tahu berita gembira itu pada hari Jumaat lalu menerusi laman sosial rasmi pertandingan tersebut.

“Saya benar-benar tidak sangka disenaraikan sebagai 50 peserta awal. Ternyata keyakinan saya untuk menghadiri uji bakat pada Julai lalu berhasil.

“Saya akui dulu pernah menjadi mangsa buli oleh mereka yang menganggap tanda tahi lalat ini sebagai satu kecacatan, tapi lama-kelamaan saya semakin memahami diri sehingga menjadi lebih yakin seperti sekarang.”

Menurut Evita, keyakinan dalam dirinya mula timbul selepas mendapat sokongan keluarga serta individu di sekeliling yang masih mempunyai kepercayaan terhadap dirinya.

Evita Monster7
sumber: instagram
Evita Monster10
sumber: instagram

Anak kedua daripada lima beradik ini turut berkongsi rasa syukurnya kerana masih ada individu lain yang  kurang bernasib baik dilahirkan tidak cukup sifat fizikal.

Kehadirannya dalam uji bakat itu malah membuka mata banyak pihak termasuk yang memberi tawaran kepadanya sebagai model sambilan.

Evita juga mahu menjadi contoh masyarakat terutama mereka yang kurang yakin terhadap penampilan dan kekurangan diri. Disebabkan itu dia mengambil langkah pertama dengan menghadiri uji bakat menyertai pertandingan berprestij itu.

Evita Monster2
sumber: instagram
Evita Monster6
sumber: instagram

Kini, gadis yang bercita-cita untuk menjadi seorang guru tadika serta pakar motivasi ini sedang menunggu tawaran melanjutkan pengajian di universiti dalam bidang pendidikan dan kaunseling.

Meskipun gementar untuk hadapi cabaran berhadapan gadis-gadis lain, ianya tidak mematahkan semangat Evita untuk terus menonjolkan keunikan dan kebolehan diri.

“Saya mahu tunjukkan bahawa kesempurnaan itu bukan kecantikan semata-mata tetapi keunikan itulah yang menyerlahkan lagi kecantikan seseorang.

“Saya berharap agar diberikan peluang untuk mara ke pusingan seterusnya bagi membuktikan diri saya juga boleh menjadi seperti mereka yang lain.”

Evita Monster3
sumber: instagram

Lobak Merah mengucapkan tahniah kepada Evita di atas pencapaiannya tersenarai dalam saringan 50 peserta awal dan selamat maju jaya dalam apa jua yang dilakukan 🙂

Keyakinan dan semangat kuat pada diri sebeginilah yang perlu ada dalam setiap diri individu! Contohi sikap positif dan keyakinan yang ada pada Evita.

Baca: Dari Seorang Pencuci Pinggan Bergaji RM15 Sehari, Kini Atlet Para Kebanggaan Malaysia

Ridzuan Para

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.