in

Dua Remaja ‘Selfie’ Selepas Mencuri iPhone, Kini Muka Tersebar

Kecurian Featured

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
Dua Remaja 'Selfie' Selepas Mencuri iPhone, Kini Muka Tersebar
Loading
/

Selepas melakukan kegiatan mencuri, secara logiknya pelaku akan mencuba sedaya upaya untuk menyembunyikan diri dan barangan yang dicuri. Namun, kerana terlalu seronok selepas berjaya mencuri sebuah telefon bimbit, dua remaja ini terus menggunakannya untuk mengambil gambar selfie.


Kejadian kecurian itu dilaporkan berlaku pada 10/8/2017 di Taman Rinting, Johor Bahru. Perkongsian di Facebook mengenai insiden itu tular selepas seorang pengguna memuat naik video serta beberapa gambar dua remaja berkenaan.

Sumber: Facebook

Difahamkan, dua remaja tersebut pernah melakukan kecurian sebegitu namun apa yang membezakan kedua-dua kecurian kali ini adalah apabila mereka menggunakan telefon itu untuk bergambar.

“Kali ini memang rare. Dia curi iPhone, lepas curi ambil selfie gembira pulak dalam iPhone tu.”

Beberapa keping gambar turut dimuat naik menunjukkan riak wajah dua remaja itu yang gembira selepas berjaya mencuri telefon bimbit tersebut.

Kecurian2
sumber: facebook
Kecurian4
sumber: facebook
Kecurian3
sumber: facebook

Tanpa mereka sedari, iPhone dilengkapi dengan sistem icloud di mana ianya boleh back up gambar yang diambil terus dari telefon bimbit.

Kedua-dua mereka berjaya dikesan oleh pemilik telefon bimbit berkenaan di kawasan taman di Taman Rinting. Pemilik itu kemudian segera ke sana untuk mendapatkan telefon bimbitnya semula namun mereka bertindak berani dengan mengacahkan pisau ke arahnya.

Pengguna Facebook itu turut menyeru orang ramai yang terserempak dengan dua lelaki tersebut untuk berhati-hati dan memaklumkan kepada pihak polis. Kedua-dua remaja itu dikatakan akan memerhati kawasan beberapa hari sebelum bertindak melakukan kecurian.

Kecurian1
sumber: facebook
Kecurian5
sumber: facebook

Jika nampak kelibat yang mencurigakan terus laporkan pada polis. Jangan ajak dorang selfie sama-sama pulak!

Baca: Lelaki Gagal Jumpa Jalan Keluar Rumah Selepas Pecah Masuk dan Mencuri

Pencuri

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.