in

Dua Lelaki Ragut Gadis di Cheras Berjaya Ditangkap Selepas Merempuh Kereta Ketika Cuba Larikan Diri

Rempuh

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
Dua Lelaki Ragut Gadis di Cheras Berjaya Ditangkap Selepas Merempuh Kereta Ketika Cuba Larikan Diri
Loading
/

Setiap perlakuan sama ada baik atau buruk sudah pasti ada balasannya. Begitulah juga dengan apa yang berlaku kepada dua orang penjenayah ini apabila mereka cedera ketika merempuh sebuah kereta yang menghalang mereka dari melarikan diri setelah meragut seorang gadis.


Menurut Harian Metro, seorang gadis berusia 19 tahun sedang menunggu rakannya di hentian bas di Jalan Kuari, Cheras telah didatangi dua lelaki yang berusia 23 dan 18 tahun dengan menaiki motosikal Yamaha 125Z pada pukul 9.30 pagi.

Setelah diragut, mangsa yang panik segera menghubungi rakannya yang dalam perjalanan menuju ke lokasi kejadian untuk menjemputnya.

Suspek kemudian merempuh kereta rakan mangsa yang kebetulan baru tiba di hentian bas berkenaan. Menurut polis, kedua-dua suspek yang merempuh kereta Kia Forte itu kemudian terjatuh di bahu jalan dan mengalami kecederaan.

Capture 20170605 131717
sumber: facebook
Capture 20170605 131500
sumber: facebook
Capture 20170605 131426
sumber: facebook

Suspek yang cedera di muka, badan dan patah kaki kemudian ditahan dan dibawa ke Hospital Ampang untuk rawatan lanjut. Kan dah kena! Tak baik buat perkara tak elok di bulan Ramadan ni…

Tambah polis lagi, motosikal yang dibawa suspek juga adalah motosikal curi dan mereka pernah mempunyai rekod lampau yang membabitkan dadah sebelum ini.

Cubalah isi bulan Ramadan ini dengan melakukan hal-hal yang berfaedah dari meragut dan merempit semata-mata. Buat baik, dibalas baik. Buat jahat? Anda sendiri tahu jawapannya. 

Tonton video di bawah:

Baca: Lelaki Larikan Diri Selepas Meragut, Tanpa Sedar Masuk Kawasan Balai Polis

Ragut

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.