Dua Lelaki Punjabi Bermain Dhol di Perlawanan Bola Sepak Sukan SEA Dapat Sambutan Orang Ramai

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:



Rakyat Malaysia boleh dikatakan sporting dalam bab sorak-menyorak. Macam-macam cara mereka gunakan untuk memaparkan semangat kewajaan terhadap pasukan negara. Ada yang cat muka sendiri, ada yang bawa kain rentang besar, bawa wisel, gendang dan sebagainya. Kalau anda pernah ke stadium, anda tahu bagaimana suasananya. Riuh!

Gambar Hiasan

Tetapi kali ini gelagat dua lelaki berbangsa Punjabi membawa dhol sewaktu perlawanan bola sepak Sukan SEA baru-baru ini mencuri tumpuan orang ramai di stadium dan juga di laman sosial. Memang riuh rendah dibuatnya.

Melalui video tersebut, semua penyokong di stadium tersebut boleh dilihat menari tarian “bhangra” dengan alunan pukulan dhol berkenaan. Sporting semua!



Sumber: The Star
Sumber: The Star

Video Shaunvinder Singh and Gurmesh Singh bermain dhol juga turut dikongsi oleh Panjabi MC, seorang artis antarabangsa. Artis antarabangsa tuuuu!

Menurut The Star, pada mulanya mereka agak segan untuk mainkan dhol tersebut dalam stadium tetapi apabila pasukan Malaysia menjaringkan gol pertama, mereka mula mainkan alat itu selepas mendapat sokongan orang ramai.

Gambar Hiasan

Permintaan terhadap dhol tersebut menjadi sangat tinggi dan boleh dikatakan sepanjang perlawanan tersebut mereka diiringi dengan alunan dhol. Wah meriahnya!

Kemenangan yang berpihak kepada Malaysia turut diraikan dengan alunan dhol di luar perkarangan stadium selama 30 minit.

“Ianya sangat seronok untuk melihat semua bangsa menyambut bersama-sama. Ternyata muzik dan sukan boleh menyatukan semua orang,” kata Gurmesh Singh.



Shaunvinder yang berasal dari Penang manakala Gurmesh berasal dari Pahang merupakan ahli kumpulan Dhol Riderz  dan mereka bercadang untuk bermain instrumen itu di beberapa acara lain termasuk perlawanan bola sepak separuh akhir Sukan SEA yang bakal diadakan Sabtu ini.

Ha kalau semua nak rasa kehangatan dan kemeriahan alunan dhol sambil bersorak untuk pasukan Malaysia, bolehlah tonton perlawanan tersebut secara langsung kat stadium sabtu ini. Mari kita semua bangkit bersama!

Baca: Kemunculan Putera Mateen di Sukan SEA Buat Peminat Tempatan Histeria

 

 

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:


Written by Nabilla Raihan

Seorang yang ambivert dan kreatif dari segi penulisan dan lukisan. "On time" dan "goal driven" adalah moto yang sering diketengahkan gadis ini.