in

Dua Lelaki Ditinggalkan Pemandu Uber Separuh Jalan Sebelum Disamun Lelaki Bermotorsikal di Cheras

Pukul Uber

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lagi-lagi Uber! Boleh dikatakan hampir setiap hari ada saja kes berkaitan dengan perkhidmatan Uber ataupun Grab. Kali ini ia melibatkan dua orang lelaki berusia dalam lingkungan 20-an yang menggunakan Uber untuk pulang ke rumah namun telah disamun apabila mereka ditinggalkan di tepi jalan.


Menurut perkongsian di laman Facebook ibu mangsa, Christine Juliana Danker memberitahu bahawa anaknya bersama seorang rakan telah melanggan perkhidmatan Uber dari seorang lelaki bernama Hazmi. Mereka yang dari sebuah pusat hiburan di Jalan Tun Razak tidak dihantar ke destinasi, malah diberhentikan dekat Taman Murni, Cheras pada jam 3 pagi.

Ubering
sumber: facebook
18839610 1708097152541389 6915838935243298623 O
sumber: facebook

Malang kedua-dua lelaki itu bertambah apabila mereka telah dirompak pula oleh dua lelaki bermotosikal yang berpura-pura ingin menumpangkan mereka.

Suspek dikatakan telah membawa mangsa ke tempat terpencil sebelum merompak dan memukul kepala kedua-dua lelaki itu menggunakan helmet.

Walau bagaimanapun, kedua-duanya terselamat selepas mangsa berupaya mencari jalan pulang ke rumah rakannya. Christine yang mengesyaki kejadian tersebut telah dirancang, membuat laporan polis dengan harapan perompak dapat diberkas dengan secepatnya.

Fb Img 1496645525011 576X1024 1
sumber: facebook

Pun begitu menurut Harian Metro, pihak polis sudah menerima laporan Christine dan difahamkan kedua-dua lelaki tersebut telah memberi lokasi yang salah iaitu di Taman Murni menyebabkan pemandu Uber terbabit telah meninggalkan mereka sebaik sahaja tiba di lokasi.

Pihak polis masih menyiasat kejadian tersebut untuk mengenalpasti identiti suspek yang terbabit dan tangkapan akan dibuat dalam jangka masa terdekat.

Dalam pada itu, rata-rata pengguna Facebook di perkongsian Christine meluahkan kerisauan mereka dalam menggunakan perkhidmatan Uber. Malah ada juga yang menganggap mangsa berkemungkinan mabuk hingga menyebabkan pemandu Uber tersebut memberhentikan mereka di tengah jalan.

Uber
sumber: facebook
Uber 2
sumber: facebook

Semoga suspek berjaya ditemui dengan secepatnya. Mangsa mabuk atau tidak bukanlah isu yang patut digaduhkan. Suspek yang berani merompak dan memukul mangsa patut dihukum atas perlakukan mereka. 

Baca: Wanita Mengandung Alami Tekanan Emosi dan Trauma Dirompak Pemandu Uber Keguguran

Page 14

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.