in

Dua Lelaki Ditikam Dengan Kejam Semasa Menggunakan Mesin ATM

Page 7

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
Dua Lelaki Ditikam Dengan Kejam Semasa Menggunakan Mesin ATM
Loading
/

Baru-baru ini sebuah rakaman CCTV mengenai satu rompakan yang mengerikan telah viral selepas tersebar luas di media sosial.


Dua lelaki ditikam dengan kejam oleh perompak yang bersenjatakan pisau di ruang mesin ATM. Kejadian ini berlaku di Shantou, China dan telah mengejutkan ramai netizen.

Di awal rakaman CCTV, seorang lelaki yang memakai t-shirt ungu dan tidak bertopeng masuk ke dalam premis ATM sambil memegang surat khabar. Manakala, dua orang lelaki pula dilihat sedang menggunakan mesin ATM dan beratur menunggu giliran.

Guy 1

Suspek terlebih dahulu memastikan keadaan di sekeliling selamat sebelum melakukan kerja jahatnya itu.

Dia sempat melihat ke arah kamera CCTV sebelum perlahan-lahan mengeluarkan pisau yang dibalut menggunakan surat khabar tersebut. Beraninya!

T1

Suspek kemudian menikam leher lelaki yang sedang beratur itu berkali-kali sehingga darah menitik dengan begitu banyak ke atas lantai.

Rob 2

Selepas menikam mangsa pertama, suspek menyerang pula seorang lagi mangsa yang berlari ke arah pintu premis ATM sebelum merompak mangsa tersebut dan melarikan diri.

Menurut The Star, pihak berkuasa tempatan telah menemui dua mayat yang berlumuran darah di atas jalanraya. Kedua-duanya mempunyai kesan tikaman, namun imej lelaki kedua yang ditikam tidak kelihatan dalam rakaman CCTV.

Siapa sangka mengambil wang di ATM bertukar menjadi tragedi sebegini. Orang zaman sekarang memang semakin berani melakukan jenayah!

Tapi syukurlah suspek berjaya diberkas pada Ahad lepas.

Lain kali nak keluarkan duit tu pandang kiri kanan dulu tau!

Tonton video di bawah ini:

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.