in

Dua Lelaki Cuba Samun Wang Tunai RM200,000 Milik Datuk Seri Berjaya Ditembak Pengawal Peribadi

Robbed

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
Dua Lelaki Cuba Samun Wang Tunai RM200,000 Milik Datuk Seri Berjaya Ditembak Pengawal Peribadi
Loading
/

Kejadian samun makin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini. Bank yang ada pengawal keselamatan pun orang berani untuk merompak. Apa nak jadi manusia zaman sekarang ni…


18922210 1580344711978650 3867327053152457234 N
sumber: world of buzz

Baru saja semalam, dua orang lelaki cuba untuk menyamun seorang tauke besi buruk berusia 58 tahun di hadapan Alliance Bank, Taman Sri Muda, Seksyen 25, Shah Alam. Namun, salah seorang daripada berjaya ditembak pengawal peribadi mangsa, manakala seorang lagi berjaya melarikan diri.

18920443 777844705726575 8308044719446845480 N
sumber: world of buzz

Menurut Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Shafien Mamat, kejadian berlaku sekitar jam 2.30 petang ketika mangsa yang bergelar Datuk Seri bersama pengawal peribadinya mengeluarkan duit lebih kurang RM200,000 dari bank berkenaan.

Ketika keluar daripada bank berkenaan, dua orang suspek menaiki motosikal yang bersenjatakan parang dan kapak menyerang mangsa dan cuba untuk merampas wang yang berada di tangannya.

Pengawal peribadi mangsa kemudian segera bertindak dengan melepaskan tembakan yang telah terkena punggung salah seorang suspek. Haa kan dah kena!

Walau bagaimanapun, seorang lagi suspek berjaya melarikan diri tanpa apa-apa habuan. Nasib baik ada pengawal peribadi.

18920624 777844649059914 1125480273850944167 N
sumber: facebook

Meskipun sudah tahu mangsa mempunyai pengawal peribadi, kedua-dua suspek tetap mahu meneruskan niat jahat mereka. Rasa diri hebat lah tu.

19029515 777844682393244 2450390294271238052 N
sumber: world of buzz
Screen Shot 2017 06 10 At 10.48.10 Am
sumber: world of buzz

Suspek yang terkena tembakan kini dirawat di Hospital Shah Alam manakala pengawal peribadi dan Datuk Seri itu yang hanya cedera ringan dibawa ke sebuah hospital di Klang.

Polis kini sedang memburu seorang lagi suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 394/397 Kanun Keseksaan.

Tonton video di bawah.

Haih, dah lah cuba menyamun, tak dapat apa-apa habuan, cedera pula tu. Setiap niat jahat, pasti ada padahnya. 

Baca: Netizen Mentertawakan Lelaki Guna Lastik Sebagai Senjata Untuk Merompak diTanjung Malim

Lastik

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.