in

Dua Gadis Terjumpa Beg Tangan Cuba Nasib Teka Nombor Pin Kad ATM Dikecam Netizen

Bank Atm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
Dua Gadis Terjumpa Beg Tangan Cuba Nasib Teka Nombor Pin Kad ATM Dikecam Netizen
Loading
/

Bak kata pepatah Inggeris, ‘Wang adalah akar kepada segala kejahatan’. Begitulah apa yang berlaku kepada dua orang gadis ini apabila duit telah mengaburi mata mereka.


Baru-baru ini tular di laman Facebook, rakaman CCTV dua orang gadis bertudung sedang mengeluarkan wang dari mesin ATM. Menurut sumber, kedua-dua gadis tersebut telah menemui sebuah beg tangan milik seseorang yang tidak dikenali.

Mereka kemudiannya mencuba nasib dengan mengeluarkan wang menggunakan kad ATM mangsa yang dijumpai di dalam beg tangan tersebut di mesin ATM berdekatan.

Tak disangka-sangka, tekaan nombor pin kad ATM tersebut mengena dan mereka berjaya mengeluarkan sejumlah wang yang boleh tahan banyak. Amboi raya sakan la ye, kak. Duit haram tuu!

Capture 20170703 153049
sumber: facebook

Suspek kedua-duanya hanya meneka nombor pin kad ATM tersebut berdasarkan tarikh lahir mangsa yang tertera di kad pengenalan.

Kedua-dua orang gadis tersebut tanpa rasa bersalah kelihatan terlompat-lompat gembira setelah tekaan mereka mengena. Langsung tiada terpancar rasa bersalah di atas tindakan terkutuk mereka.

Capture 20170703 153214
sumber: facebook

Berikutan tularnya rakaman tersebut, netizen rata-rata mengecam tindakan kedua-dua orang gadis itu dengan menyifatkan mereka berdua sebagai tidak mempunyai akhlak yang baik walaupun bertudung.

Malah ada juga mengatakan ‘hijab’ yang dipakai gadis-gadis ini tidak mencirikan sikap seorang Muslim yang sebenar. Tak semua yang pakai tudung tu baik, kan??

Real Komen Vert
sumber: facebook

Kalau nak letak nombor pin, tolonglah letak nombor lain selain nombor kad pengenalan. Orang sekarang makin bijak dan tamak. Hilang sudah kejujuran dan rasa bersalah hanya kerana wang!

Baca: Lelaki Peroleh RM10,000 Selepas Mesin ATM Rosak ‘Muntahkan’ Duit Di KL

Atm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.