in

Dua Budak Lelaki Dirakam Pecahkan Kunci oBike Dengan Tukul Sebelum Tunggang

22 E1634370470146

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
Dua Budak Lelaki Dirakam Pecahkan Kunci oBike Dengan Tukul Sebelum Tunggang
Loading
/

Jika bulan lepas seorang lelaki dan seorang perempuan dewasa di Singapura telah dirakam mencampakkan dua buah basikal oBike ke dalam longkang tanpa rasa bersalah, kali ini dua orang kanak-kanak pula dilihat melakukan vandalisme kepada jenis basikal yang sama. Apalah masalah dorang ni eh?


Menurut Coconuts, dua orang kanak-kanak di Singapura telah dirakam menghancurkan kunci basikal oBike dan seterusnya dengan selamba mengayuh basikal tersebut. Kejadian yang berlaku pada waktu malam itu menjadi tular setelah video rakaman insiden berkenaan tersebar luas di Facebook.

Bas2
sumber: facebook

Video berdurasi 55 saat tersebut telah ditonton sebanyak 70,000 kali setelah dimuat naik pada hari Sabtu yang lalu. Menerusi video tersebut, dua orang kanak-kanak dilihat sedang berlegar-legar di aras bawah sebuah pangsapuri tempat basikal oBike diletakkan.

Seorang budak lelaki kemudian dilihat menarik sebuah basikal oBike ke tepi dengan tujuan untuk merosakkan kunci sebuah lagi basikal yang berada di kawasan tersebut. Dilihat seperti sedang memegang sebatang tukul besi, budak lelaki tersebut dengan tidak teragak-agak telah menghayunkan tukul itu ke arah kunci basikal.

Ga1
sumber: facebook

Setelah berjaya merosakkan dan membuka kunci basikal, budak lelaki berkenaan dengan selamba menaiki basikal oBike tersebut bersama rakannya yang juga mengayuh sebuah lagi basikal oBike.

Insiden tersebut telah sampai ke pengetahuan syarikat pengeluar basikal berkenaan, namun jurucakap memberitahu bahawa kes sebegini menjejaskan kurang daripada satu peratus perkhidmatan mereka di Singapura.

Bas1
sumber: facebook

“Untuk kes-kes sebegini, kami tidak akan teragak-agak untuk mendapatkan bantuan pihak berwajib bagi memastikan pengguna kami selesa menggunakan kemudahan dan mendapat faedah daripada perkhidmatan perkongsian basikal ini.”

Syarikat ini juga memohon kepada sesiapa yang menyaksikan sebarang kerosakan dilakukan kepada basikal oBike untuk tampil membuat laporan. Mereka kini bekerjasama dengan agensi kerajaan untuk mencipta lebih banyak tempat letak basikal dan mencipta sistem ganjaran bagi pengguna berhemah.

Kerosakan harta benda awam tidak wajar dipraktikkan oleh mana-mana pihak sekalipun. Perkhidmatan ini diwujudkan untuk kemudahan bersama, jadi janganlah kita sekali-kali merosakkannya. 

Tonton video di bawah:

Sumber: Facebook

Baca: “Mentaliti orang Malaysia, fikiran tak matang..” – Netizen Berang Orang Awam Rosakkan Basikal

Basikal

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.