in

Dua Beradik Lakukan Seks Kerana Terbiasa Menjadi Mangsa Cabul Abang Tiri dan Kawan Bapa

Page 29

Seharusnya orang yang lebih tua perlu menunjukkan teladan yang baik supaya menjadi contoh kepada golongan yang muda. Tetapi kisah yang berlaku kepada budak lelaki ini adalah sebaliknya apabila dirinya sendiri diajar benda yang tidak senonoh.

Itulah apa yang berlaku kepada seorang budak lelaki dari Singapura ini apabila dia bertindak melakukan hubungan seks dengan adik tirinya selepas mempelajari aksi itu dari abang tiri dan rakan bapanya.

Menurut MStar, pada mulanya dia mengalami penderaan seksual oleh rakan bapanya ketika berusia 7 tahun. Pada usia 10 tahun, abang tirinya pula melakukan perkara yang sama di mana dia dibawa ke tempat letak kereta bertingkat di Jalan Havelock sebelum diliwat lelaki itu.

Menjangkau usia 11 tahun, dia dikatakan sudah berani melakukan hubungan seks dengan adik tirinya. Dia yang kini sudah berusia 14 tahun akhirnya mendedahkan bahawa abang tiri serta adiknya masih meraba alat sulitnya menggunakan kaki mereka.

Timthumb 1
gambar hiasan

Bukan itu sahaja, abang tirinya juga pernah datang ke rumahnya dan melakukan perbuatan lucah sebelum meletakkan kakinya itu pada bahagian sulitnya. Dek kerana terbiasa dengan perbuatan tersebut, dia juga meminta adik tiri perempuannya untuk melakukan perbuatan tidak senonoh yang sama.

Sd
gambar hiasan

Bapanya dikatakan bertindak melaporkan perkara itu kepada pihak polis serta Kementerian Pembangunan Sosial Dan Pembangunan Keluarga (MSF) selepas diberitahu tentang hal tersebut.

Selepas siasatan dijalankan, abang tirinya didapati bersalah melakukan serangan seksual liwat dan rakan bapanya yang berusia 56 tahun juga telah dihukum penjara bagi kesalahan yang dilakukannya antara Disember 2009 hingga Januari 2010.

Doktor dari Institut Kesihatan Mental turut mengesahkan bahawa remaja lelaki (mangsa) berkenaan mengalami kecacatan akal ringan dan fungsi sosialnya adalah pada kadar yang amat rendah.

Jadikan kes ini sebagai iktibar kepada ibu-bapa untuk sentiasa ambil tahu akan setiap gerak geri dan kelakukan anak.

Baca: Bapa Korek Dubur, Liwat Dua Anak Berusia 7 dan 11 Tahun di Tempat Awam Sejak April 2016

Capture 36