in

Dua Anggota Polis Ditangkap Cuba Seludup Masuk Barangan Terlarang ke Dalam Lokap

Polis Feature

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Penjenayah diletakkan dalam penjara untuk mengasingkan mereka dari orang awam dan dunia luar serta untuk menjalani hukuman.


Semua tahu bahawa banduan tidak dibenarkan minum atau makan makanan dari luar tetapi dua anggota polis dari Balai Polis Ipoh Sentral ini mengambil kesempatan itu untuk membuat kerja ‘part time’.

Dua anggota polis dikatakan itu ditangkap ketika cuba membawa barang larangan ke dalam lokap, malam kelmarin.

Polis
gambar hiasan

Menurut Berita Harian, kejadian berlaku jam 10 malam di mana seorang koperal dan lans koperal dilihat berada dalam keadaan mencurigakan di dalam sebuah kereta Perodua Kancil di perkarangan balai itu.

Mereka kemudian ditahan dan pemeriksaan yang dijalankan ke atas badan mereka bagaimanapun tidak menemukan barang yang mencurigakan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, Datuk Gan Tian Kee berkata, mereka tidak membawa barangan membahayakan kecuali beg plastik yang mengandungi pelbagai barangan.

Dua anggota itu cuba menyeludup masuk bungkusan makanan, bateri, rokok, minuman botol bikarbonat, coklat, ubat gigi, daun terup, kek dan beberapa barangan lain.

Polis Seludup1
sumber: facebook
Polis Seludup2
sumber: facebook
Polis Seludup3
sumber: facebook

“Kertas inkuiri (siasatan dalaman) sudah dibuka sebelum polis mengklasifikasikan kes berkenaan mengikut seksyen bersesuaian, “ kata Gan Tian Kee.

Kiini pihak polis masih menjalankan siasatan. Diharap tindakan sewajarnya dikenakan ke atas dua pegawai tu!

Baca: Polis Tolak Rasuah RM1,300 Terima Anugerah Integriti Tetapi Kembali ke Pemberi Rasuah Ugut Minta RM10,000

Bg 7

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.