in

Dua Abang Ditahan Kerana Merogol Dan Memukul Adik Berusia 16 Tahun Di Sungai Petani

Gtgtg

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Gadis ini ibarat sudah jatuh ditimpa tangga. Ada dua abang yang sepatutnya menjadi pelindung kepada si adik, namun hal yang berlaku sebaliknya pula. Ada ke patut dipukul dan dirogol adiknya sendiri?


Menurut Harian Metro, dua lelaki berusia 18 dan 20 tahun ditahan selepas memperkosa dan memukul adiknya berusia 16 tahun di rumah mereka yang terletak di Sungai Petani, Kedah. Ish ish ish.

11
gambar hiasan

Si abang yang berusia 20 tahun ditahan atas kesalahan memukul dan memaksa adiknya mencuri sejak tahun 2013 lagi. Manakala si abang yang berusia 18 tahun pula ditahan atas kesalahan merogol dengan kali terakhir dia melakukannya pada 30 Julai lalu. 

Dah lah rogol dan pukul si adik, diugutnya pula untuk tidak beritahu ibu!

Mereka yang telah kehilangan bapa pada Jun 2015 itu kini tinggal bersama ibu yang sedang menghidap kanser rahim dan sedang menjalani rawatan di Hospital Sultan Abdul Halim. Disebabkan ibu mereka terlantar di hospital, mereka mengambil kesempatan akan ketiadaan ibu untuk menganiayai si adik. Jahat sungguh!

Menurut gadis tersebut, dia sudah pun mengadu hal itu kepada ibunya tetapi disebabkan kesakitan yang dihadapi ibu, hal itu tidak diendahkan. Kasihannya…

Dia yang sudah tidak tahan lagi akan kelakuan abang-abangnya itu bertindak untuk terus membuat laporan polis.

Kini abang-abangnya telah direman sehingga 23 Ogos ini dan siasatan akan dijalankan mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan dan Seksyen 323 Kanun Keseksaan. Bagus dik. Biar polis beri pengajaran kepada mereka!

Tangan Digari Ilustrasi
gambar hiasan

Semoga tiada lagi adik yang teraniaya oleh sikap keji abang yang begini!

Baca: Gadis Dirogol Sebagai Hukuman Kepada Kesalahan Abang Merogol Kanak-kanak Bawah Umur

Capture 14

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.