in

“Don’t fitnah me…” – Fathia Merayu Tidak Terus Difitnah Disebabkan Video Menari Seksi di Bigo Live

Fathia Feature

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
"Don't fitnah me..." - Fathia Merayu Tidak Terus Difitnah Disebabkan Video Menari Seksi di Bigo Live
Loading
/

Baru-baru ini tersebarnya beberapa rakaman video di YouTube akan seorang pelakon baru, Natasha Elyzza dengan seorang lagi gadis kononnya dikatakan mirip kepada pelakon terkenal, Fathia Latiff sedang menari.


Video yang asalnya dari rakaman Bigo Live milik Natasha mempamerkan kelakuan kedua-dua gadis tersebut, terutamanya ‘Fathia’ yang kelihatan ghairah ketika menari sehingga mempamerkan ‘aset’nya dalam keadaan tidak sedar. 

Hqdefault
sumber: youtube

Berikutan rakaman tersebut, rata-rata netizen menuduh serta mengecam tindakan Natasha serta Fathia yang dikatakan tidak reti menjaga adab. Namun Natasha dalam kenyataan di Astro Gempak, telah memohon maaf atas kesilapannya kepada semua pihak.

“Saya akui itu saya. Salah saya kerana menari dan berpenampilan seksi di dalam video itu. Ketika kejadian tersebut, saya sedang berada di sebuah villa persendirian bersama kawan-kawan wanita.

“Saya memakai baju yang agak seksi kerana saya mahu mandi di kolam renang. Salah saya sendiri kerana sebelum saya ke kolam renang, saya sempat membuka aplikasi Bigo Live.

“Silap saya, saya terlupa nak memakai baju yang lebih elok sebelum membuka aplikasi tersebut. Saya sangat kesal dengan perbuatan itu,” komennya.

Natasha juga sempat menegaskan bahawa gadis yang bersamanya di dalam video tersebut bukan Fathia sebaliknya rakannya yang mirip pelakon drama Ariana Rose itu. Habis tu kalau bukan Fathia siapa?

Fathia1
sumber: rotikaya

Menurut Mstar, Fathia Latiff akhirnya membuat kemunculan penuh emosi menerusi rakaman Instagram live baru-baru ini untuk menjelaskan hal tersebut.

Melalui rakaman video yang berdurasi 1 minit 44 saat itu, Fathia kerapkali mengucapkan perkataan ‘Don’t fitnah me… don’t fitnah me’ dengan harapan netizen berhenti bercakap buruk tentang dirinya.

Saya masih belajar mengenai Islam, saya masih belajar mengenai Tuhan dan saya bersikap jujur dengan anda semua dan jangan fitnah saya. Ia tak adil untuk memfitnah saya.” 

Fathia juga memohon supaya orang ramai untuk memahaminya selain berdoa yang baik-baik kepada dirinya. Dia mengakui, oleh kerana kurangnya sokongan dari orang sekeliling, ada di antara rakan-rakannya yang kecewa ketika memilih untuk memakai tudung.

Malah disebabkan kontroversi ini, nama Fathia telah digugurkan daripada penggambaran drama Laluna kerana dikatakan tidak berdisplin.

Fathia 1
sumber: instagram

Dalam pada itu, isu ini telah mendapat respon pelbagai pihak termasuklah pengarah drama terkenal, Micheal Ang yang menyifatkan tindakan Fathia sebagai sia-sia dan ‘bodoh’.

Buang masa saja main aplikasi merapu macam Bigo Live tu semua. Dari elok-elok orang hormat sebab pakai tudung, terus nama jadi busuk pula. Apa-apapun kita doakan je yang baik-baik buat mereka ye…

Baca: Gambar Mesra Tersebar, Opick Kahwin Senyap-senyap Dengan Kawan Baik Isteri? 

1 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.