Doktor Muda Maut Selepas Bekerja Empat Hari Tanpa Rehat

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:



Doktor adalah pekerja profesional yang dihormati di mana mereka gigih bekerja untuk menyelamatkan nyawa pesakit dan sering berkorban supaya dapat menyediakan perkhidmatan perubatan yang terbaik. Namun, dunia perubatan kehilangan salah seorang doktor terbaik pada 26 Jun lalu apabila seorang doktor di Hospital Jakarta maut kerana terlebih kerja.

Sumber: AsiaOne

Menurut Harian Metro, Dr Stefanus Taofik dari Bintaro Jaya secara sukarela telah bekerja lebih masa untuk syif rakan sekerjanya semasa cuti Hari Raya kerana hospital itu kekurangan tenaga kerja. 

Pakar bius berusia 35 tahun itu bertugas selama empat hari tanpa berehat dan turut membantu dua hospital lain yang berdekatan dalam tempoh tersebut.



Sumber: Jawapos

Malangnya, selepas empat hari melalui pelbagai tekanan, doktor bertauliah itu dijumpai tidak bernyawa di sebuah bilik di Wad ICU pada 26 Jun ketika sedang berehat. Laporan rasmi menyatakan punca kematian adalah kerana kegagalan jantung untuk berfungsi kerana tidak mendapat rehat yang secukupnya.

Sumber: World of Buzz
Sumber: Jawapos

Tribun Jabar turut melaporkan bahawa punca kematian doktor itu mungkin kerana sindrom brugada, yang merupakan penyakit genetik yang meningkatkan risiko kematian jantung secara tiba-tiba. Mereka yang mempunyai penyakit ini biasanya menjalani kehidupan normal tetapi penangkapan jantung secara tiba-tiba berlaku paling kerap ketika tidur dan kebanyakan pesakit adalah lelaki.

Sumber: Jawapos

Kematian tragisnya mengejutkan ramai apatah lagi dia meninggalkan seorang balu bersama seorang anak yang berusia satu tahun. Kesiannya.

Dunia baru sahaja kehilangan seorang doktor yang hebat dan bertanggungjawab. Semoga keluarganya tabah di atas kehilangan mereka.

Baca: Remaja Maut Selepas Terkena Libasan Pedang Samurai Ketika Lindungi Rakan Perempuan



Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:


Written by Sue Idris

Suka thriller movies, suka kucing, suka makan, suka kopi, suka melancong, suka shopping, suka berangan, eh suka semua lah!