in

Doktor Kagum Lihat Kesungguhan Warga Emas Jaga Isteri Lumpuh Separuh Badan

Doktor1Blur

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pada masa kini, ramai orang menggunakan media sosial untuk memuat naik gambar masing-masing bersama pasangan dengan kapsyen yang sweet untuk tayangan pengikut mereka. Oleh yang demikian, orang sekarang semakin obses dengan keintiman dalam perrhubungan dengan pasangan sehingga terciptanya trend Relationship Goal.


Baru-baru ini, seorang doktor telah memuat naik entri di Facebook miliknya dan berkongsi pengalaman menjadi saksi relationship goal kepada seorang warga emas yang setia dan mesra menjaga isterinya yang lumpuh separuh badan.

Doktor1
sumber: facebook

Menurut Dr. Kamarul, adalah perkara biasa untuknya menyaksikan keintiman pasangan kekasih baru, namun, kemesraan antara pesakit strok dan suaminya itu merupakan satu keindahan hingga dia terpanggil untuk berkongsi kisah mereka berdua.

Katanya, pasangan suami isteri yang disapa dengan pakcik dan makcik ini sudah menjangkau usia 60-an dan telah pun hidup bersama lebih 30 tahun serta dikurniakan lima orang anak sepanjang hidup berumah tangga. Malangnya makcik yang dulunya mengajar kanak-kanak mengaji, menghidap strok sehingga lumpuh sebelah anggota badan.

Doktor2
gambar hiasan

Pesakit itu yang kini berada di wad rehabilitasi, dijaga oleh suaminya yang tabah dan bersungguh walaupun tugas menjaga pesakit strok bukan mudah dan memerlukan kesabaran serta keazaman yang tinggi.

Dr. Kamarul memberitahu pakcik sentiasa ada di sisi membantu isterinya melaksanakan tugasan terapi dan walaupun dia perlu mengingatkan makcik berkali-kali, tetapi tidak pernah sekali pakcik menggunakan nada mengarah dan hanya memujuk lembut. Beliau juga memberitahu pakcik akan menggunakan “kita” bagi menunjukkan kebersamaan dalam melaksanakan tugas.

Doktor3Blur
gambar hiasan

Bukan itu sahaja, sekiranya makcik dapat menyelesaikan tugasnya, pakcik akan mengusap lembut belakang makcik sambil melontarkan ayat-ayat pujian. Dr. Kamarul kagum melihat pasangan warga emas ini yang tak kekok meluahkan kasih sayang walaupun dikhalayak ramai dan berasa apa yang disaksikannya perlu dicontohi.

Melalui pemerhatiannya, Dr. Kamarul pelajari bahawa adalah lebih efektif menyuruh pasangan daripada mengarah dengan ajakan untuk membuat sesuatu bersama dan membisikkan puji-pujian ke isteri kerana memang lumrah wanita sukakan pujian. Selain itu, si suami tidak perlu segan untuk menunjukkan kasih sayang kepada isteri mereka.

Doktor6 1
gambar hiasan

Akhir kata, Dr. Kamarul menegaskan tiada salahnya mempamerkan kasih sayang kepada orang ramai asalkan ada ikatan perkahwinan yang sah dan tidak melintasi batasan agama dan budaya. Beliau juga turut mengingatkan kepada pembaca supaya menghargai pasangan selagi masih ada peluang.

Semoga perkongsian ini dapat menjadi panduan dan pengajaran buat kita semua.

Baca: “Saya tak ada kekayaan tapi ada isteri yang sangat sayangkan saya” – Perkongsian Menyentuh Hati

Doktor4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.