in

“I dilahirkan lembut…Salah ke lelaki lembut wujud? Pakai macam perempuan?”

Kk

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak dua menjak ni, semakin ramai youtuber dan social media influencer yang lahir di negara kita. Salah seorang daripada mereka adalah remaja lelaki bernama Faiz Roslan. Sejak memuat naik video parodi lagu Pematah Hati yang mendapat lebih sejuta tontonan di laman Youtube miliknya, nama Faiz semakin popular di Malaysia.


Penghasilan video parodinya yang kelakar juga menyebabkan nama instafemes ini semakin hari semakin dikenali. Seringkali tampil dengan imej wanita dan mengenakan mekap, Faiz Roslan pernah ditegur seorang pendakwah menyatakan bahawa perbuatan itu adalah haram hukumnya walaupun hanya berniat untuk mempromosikan produk sekalipun.

Faiz
sumber: twitter

Sementara kisah tersebut masih lagi disebut-sebut, muncul pula satu cerita lain tentang Faiz. Seorang netizen difahamkan telah memuat naik status di Twitter dan menyatakan bahawa Faiz yang sekarang sangat berbeza jika dibandingkan dengan yang dahulu. Eh betul ke?

Remaja yang memiliki lebih 300,000 pengikut di Instagram ini pernah tampil dengan imej sebagai seorang pelawak namun dikatakan kini lebih banyak melakukan aksi yang berlebih-lebihan dan tidak sesuai dengan imejnya.

“Netizen mahukan Faiz Roslan yang dulu. Yang buat aksi pondan pakai tudung lusuh mak, guna lesung batu, yang tahu dirinya hanya lelaki kampung tak lawa yang kelakar,” kata netizen tersebut.

F1
sumber: twitter

Biarpun tidak aktif membuat video paradi pada masa ini, Faiz dikatakan masih menerima kecaman netizen. Tidak tahan dengan tohmahan yang dilemparkan kepadanya, Faiz tampil membuka mulut di laman Twitter.

Dalam entrinya, Faiz membidas kenyataan yang diberikan individu tersebut dan mengatakan bahawa dia kini tidak lagi membuat video parodi bagi meredakan isu kecaman yang diterima oleh dirinya.

F2
sumber: twitter
F3
sumber: twitter

Tidak berniat untuk mengubah dirinya, Faiz mempersoalkan bahawa adakah menjadi kesalahan untuk seorang lelaki dilahirkan lembut. Dia juga memberitahu bahawa dia tidak berminat untuk menjadi lelaki sado dan tidak akan menyahaktif akaun Instagram semata-mata untuk menghentikan tohmahan kerana itu adalah hak persendirian.

F4
sumber: twitter

Bukan sekadar itu, Da’i Wan yang pernah menegur parodi Faiz menyerupai perempuan bersama rakan-rakannya juga turut tampil meminta semua agar berhenti mencemuh remaja lelaki tersebut kerana Faiz perlu diberikan masa untuk berubah.

F5 1
sumber: twitter

Betul tu! Janganlah duk kecam-kecam dia dah ye? Doakan saja baik-baik…

Baca: “Takyah bajet alim, ustaz dok diam-diam solat” – Ustaz Dikecam Kerana Tegur Parodi Lelaki Jadi Perempuan

F7 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.