in

Dikatakan Menjadi Punca Kekalahan Harimau Malaya, Rakyat Malaysia Beri Kata Semangat Pada Haziq Nadzli

Haziq Featured

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kita semua sedia maklum Malaysia terpaksa berpuas hati dengan pingat perak selepas tewas dengan pasukan bola sepak Thailand 1-0 dalam perlawanan akhir malam tadi.


Sebagai peminat dan penyokong tegar pasukan bola sepak negara, sudah semestinya ramai sedih dan kecewa apabila mereka gagal mendapatkan ‘ibu emas’ untuk Malaysia di Sukan SEA ke-29.

Haziq1
sumber: twitter

Penjaga gol Malaysia, Haziq Nadzli menjadi bualan ramai apabila dia dikatakan menjadi punca kekalahan pasukan negara selepas menjaringkan gol sendiri.

Sewaktu perlawanan, Haziq tertumbuk bola ke gawang sendiri ketika cuba menyelamatkan bola hasil hantaran sudut pemain Thailand.

Gol

Ramai pihak menyatakan rasa marah dan menyalahkannya di atas kemenangan pasukan Thailand. Malah, Instagram miliknya dibanjiri komen orang ramai yang mengatakan dia adalah punca kekalahan Harimau Malaya! 

Kritik
sumber: twitter
Kritik2
sumber: facebook

Bagaimanapun, Ketua Jurulatih Bawah 22 Tahun (B-22), Ong Kim Swee kekal positif dan berkata kesilapan penjaga gol itu adalah sesuatu yang normal. Kim Swee juga menganggap perlawanan itu merupakan proses pembelajaran bagi Haziq yang masih muda.

“Sudah tentu ia sukar untuk menerima keadaan gol seperti itu, tetapi ia berlaku kepada semua orang dan kita tidak boleh menyalahkan pasukan.”

Meskipun pelbagai kritikan diterima, masih ramai rakyat Malaysia yang memberikan kata-kata semangat untuk Haziq agar dia tidak terus menyalahkan dirinya di atas kekalahan ini.

“Bro, takpe kau tak salah okay, dah jangan tertekan. Kitorang semua still support kau.”

Chill, Haziq. Semua game kau perform, jasa kau banyak untuk Malaysia. Jangan sebab satu silap je kau hilang semangat.”

“Jangan sesiapa pun berkata tentang Haziq Nadzli. Dia sudah lakukan yang terbaik okay.”

“Janganlah kritik dan kecam Haziq, tolonglah, dia masih muda dan perlukan sokongan daripada kita semua.”

Macam ni lah yang kita nak! Syukur, masih ramai rakyat Malaysia positif!

Haziq2
sumber: fmt

Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim juga dilaporkan bergegas ke bilik persalinan untuk memberikan kata-kata dorongan kepada skuad negara supaya menerima kekalahan dengan hati terbuka.

“Memang patut sedih dan kecewa, tetapi tiada seorang pun yang berada di dalam bilik ini yang telah memalukan negara.

“Saya tengok hari ini (perlawanan akhir) ada dua emosi bercampur. Satu, saya kecewa dengan kekalahan dan satu lagi saya bangga dengan apa yang kita ada untuk masa akan datang,” katanya kepada pemain Harimau Malaya.

Haziq3
sumber: berita harian

Apa-apa pun tahniah buat Harimau Malaya di atas prestasi yang membanggakan! Kami rakyat Malaysia sentiasa berada di belakang menyokong anda!

Baca: Penyokong Bola Sepak Bayar RM400 Ditipu Ulat Tiket, Gagal Masuk Stadium Kerana Tiket Tidak Sah

Tiket

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.