in

“Dia menyamar jadi doktor peribadi, jaga ayah aku. Then dia suruh ayah aku rendam kaki dalam air panas….”

Hahaha

Pada masa kini, ramai orang yang sanggup mengambil kesempatan ke atas orang lain bagi mendapatkan sesuatu. Lebih berani, apabila mereka sanggup memudaratkan kesihatan orang lain.

Baru-baru ini seorang lelaki telah mendedahkan di Twitter tentang doktor palsu yang telah mengarahkan bapanya membuat sesuatu yang tidak masuk akal, hingga akhirnya kaki bapanya melecur teruk.

Doktor2
sumber: twitter

Ikhwal, 20, memberitahu Lobak Merah bahawa pada awalnya, rakan bapanya telah mencadangkan untuk mengambil lelaki tersebut sebagai doktor peribadi sepenuh masa memandangkan bapanya mempunyai penyakit kencing manis yang teruk.

Bapanya yang berusia 55 tahun kemudian bersetuju untuk menggunakan perkhidmatan doktor itu kerana tinggal sendirian di Rawang. Difahamkan, ibunya pula berada di Kelantan kerana menjaga adiknya yang masih bersekolah di sana dan Ikhwal pula sedang menuntut di universiti.

Lelaki
sumber: twitter

Sewaktu menggunakan perkhidmatan doktor tersebut pada minggu lepas, lelaki itu telah menyuruh bapa Ikhwal untuk merendamkan kakinya di dalam air panas selepas mengadu kebas. Menurut doktor palsu terbabit, kaedah itu digunakan untuk pengaliran darah yang baik.

Meskipun bapa Ikhwal sudah memaklumkan kepada doktor tersebut bahawa kakinya berasa panas, namun, doktor itu tetap menyuruhnya untuk terus merendamkan kaki ke dalam air panas tersebut.

Hal ini menyebabkan kulit kaki bapa Ikhwal akhirnya masak dan doktor itu pula kini dilaporkan telah melarikan diri. Kata Ikhwal lagi, bapanya telah dibawa ke Hospital Sungai Buloh oleh rakannya bagi pemeriksaan lanjut dan baru sahaja menjalani pembedahan bagi membuang isi kaki yang telah masak. Aduh kesiannya…

Doktor5
sumber: ikhwal
Doktor6
sumber: ikhwal

Ikhwal kemudian membuat keputusan untuk memberi amaran kepada orang ramai melalui Twitter supaya mereka tidak tertipu dengan individu terbabit. Pelajar universiti awam di Pahang itu juga menjelaskan bahawa mereka sekeluarga masih belum lagi membuat laporan polis mengenai hal ini.

Aduhai, teruknya! Semoga ayah Ikhwal cepat sembuh.

Baca: Jangan Terpedaya! Laman Web Kecantikan Ni Guna Nama Doktor malaysia Sesuka Hati Untuk Tipu Pelanggan

Doktor7