in

“Dia janji nak kuat belajar, beli rumah lebih baik untuk kami tinggal” – Ibu Mangsa Baling Kerusi Luah Perasaan

Mati 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Memilukan. Kematian seorang remaja lelaki berusia 15 tahun kerana kecuaian penduduk yang membaling sebuah kerusi dari tingkat atas flat PPR telah menyentuh hati orang ramai. Di sebalik kes yang tragik ini, barulah terbongkar sisi hitam penduduk flat yang pemalas dan langsung tidak bertanggungjawab hingga meragut nyawa seorang remaja yang tidak bersalah.


Lebih menyedihkan, ibu kepada remaja yang terkorban, S Sathiswaran telah berkongsi impian murni anaknya itu yang ingin mengubah takdir kehidupan mereka sekeluarga untuk menjadi lebih baik di masa hadapan, lapor NST.

Kasthuribai 1
sumber: nst

Menurut ibunya, M S Kasthuribai, 44, Sathiswaran pernah menyatakan hasrat untuk menjadi seorang chef supaya mereka sekeluarga dapat keluar daripada kehidupan kini yang dihimpit kemiskinan.

Dia berjanji untuk kuat belajar, menjadi tulang belakang keluarga dan membeli rumah yang lebih baik untuk kami tinggal. Namun, semua impiannya dan saya untuk melihat dia membesar sudah musnah kerana perbuatan yang tidak bertanggungjawab ini,” katanya ketika ditemui di Perkuburan Hindu Majlis Bandaraya Petaling Jaya.

Sathis
sumber: remaja

Kasthuribai yang tidak dapat menahan sebak dilihat menangis semahu-mahunya sambil bersandar pada dinding dan memegang kuat gambar mendiang anak di tangan. Tambahnya, Sathiswaran seorang anak baik dan sering dilihat matang daripada usianya.

“Dia selalu menasihatkan saya untuk buat perkara baik dan abaikan perkara tak baik yang orang buat terhadap kami. Dia berpesan supaya saya jangan terlalu kisah dengan apa yang orang nak kata, tapi selagi kita melakukan perkara yang betul, Tuhan akan menjaga hal-hal yang lain. 

“Namun sekarang dia dah tiada. Saya takkan dapat anak saya semula. Saya tidak dapat berjumpa dengannya lagi apabila pulang dari kerja. 

“Setiap jam kejadian itu bermain di kepala saya. Ia adalah mimpi ngeri bagi setiap ibu untuk melihat anak mereka ‘pergi’ sebelum diri mereka sendiri. Bagaimana saya nak meneruskan hidup ini?” rintih Kasthuribai lagi.

81516093312 Ppr
sumber: astro awani

Buat masa ini, dia hanya mahu keadilan ditegakkan buat anaknya. Bagi Kasthuribai, anaknya telah dibunuh dan dia mahu pelakunya diberi hukuman mati. Jika orang seperti ini terlepas, dia takut perkara yang sama akan berulang lagi kepada orang lain pula.

“Biarlah kematian anak saya jadi yang terakhir. Biar ia jadi pengajaran buat semua,” katanya dengan semangat penuh di hati.

Kasthuribai yang bekerja sebagai pembantu dapur di sebuah restoran di Bangsar hanya beroleh gaji sebanyak RM1,500 sebulan. Meskipun dia akui, dia tidak mampu memberikan kehidupan yang baik untuk anaknya, Sathiswaran tidak pernah merungut.

Img 20180117 125406
sumber: remaja

Selain daripada mencari wang untuk keluarga, Kasthuribai juga menjaga adiknya yang kurang upaya dan dia terpaksa membelanjakan sebahagian daripada gajinya untuk bayaran perubatan adiknya itu.

Pun begitu, selepas apa yang menimpa anaknya, Kasthuribai masih memilih untuk tinggal di flat PPR Pantai Dalam ini kerana baginya ini adalah tempat di mana Sathiswaran dibesarkan.

“Saya dan keluarga sudah tinggal di sini semenjak saya mengandungkan Sathis lagi. Saya mahu simpan semua kenangan ini dekat dengan saya,” tambahnya lagi.

Baling 3
sumber: mstar

Hingga setakat ini, pihak polis telah berjaya mengumpulkan kenyataan daripada 32 orang saksi berkaitan kes tersebut. Suspek masih belum ditemui dan kes masih dalam siasatan polis.

Baca: Remaja 15 Tahun Maut Terhentak Kerusi Dibaling Keluar Dari Tingkat Atas Flat di Pantai Dalam 

Acc 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.