in

“Dia ambil satu kotak untuk minum dan beritahu saya air itu rasa pahit dan masam…..”

Milo

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pasti ada di antara anda pernah melalui pengalaman membeli makanan atau minuman yang sudah basi. Seorang netizen dari Singapura baru-baru ini juga tidak terlepas daripada berdepan dengan situasi sebegitu.


Joanna Ong telah berkongsi kisah malangnya di Facebook minggu lalu. Menurut Joanna, dia telah membeli beberapa paket air kotak untuk anaknya, Olivia.

Milo4
sumber: facebook

Pada hari Khamis, saya beli 4 paket air kotak milo saiz kecil untuk Olivia. Semalam (Jumaat) dia ambil satu kotak untuk minum dan beritahu saya air itu rasa pahit dan masam.”

Tanpa bertanya lebih lanjut Joanna mengambil air itu dan cuba merasa. Menurutnya rasanya memang masam dan sangat menjijikkan jadi dia membuat keputusan untuk menggunting kotak itu.

Dan apa yang dia temui sangat mengejutkannya!

Milo1
sumber: facebook

 Gross Vomit Disgusting Barf Gif

Melalui gambar yang dimuat naik, air di dalam kotak itu seperti sudah berkulat. Lebih teruk lagi, air itu belum pun tamat tarikh luput! Tahun 2018 kotttt!

Milo2
sumber: facebook

Di dalam status itu, Joanna tag Milo Singapura dengan harapan mereka akan menjelaskan tentang kualiti air yang dikeluarkan itu.

Selasa lalu (30 Mei), pihak Milo Singapura telah menghubungi Joanna.

Milo3
sumber: facebook

Selepas menyiasat dengan lebih terperinci berkenaan isu itu, mereka mendapati tiada masalah dari segi pembuatan tetapi sebaliknya mereka mendakwa bahawa ia mungkin kesilapan dari keadaan pengangkutan dan dari segi penyimpanan produk tersebut.

Selain itu, pengurus dari Milo Singapura juga telah melawat Joanna dan keluarganya pada hari Selasa itu dan telah memohon maaf. Joanna turut berterima kasih kepada mereka kerana bertanggungjawab dan mengutamakan pengguna.

Joanna turut mengingatkan orang ramai untuk berhati-hati dan periksa sebelum memberikan anak anda minuman di dalam kotak.

Sebelum bagi anak makan atau minum sesuatu, periksa dulu okay!

Baca: Lelaki Dakwa Sumber Air Mineral Jalan Air Kuning Berasal Dari Bawah Tanah Jirat Cina

Page 13

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.