“Dengar banyak kali pun best” – Isteri Aliff Syukri Puji Lagu Nyanyian Suami dan Sajat Sedap

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:



Nama Dato’ Aliff Syukri memang sudah tidak asing lagi sebagai seorang tokoh usahawan di Malaysia. Aliff juga sudah mula berjinak-jinak dengan dunia perfileman apabila membintangi sebuah drama televisyen berjudul Duda Terlajak Laris pada tahun 2016 yang lalu. Tidak cukup dengan itu, Aliff kini mahu jadi penyanyi pula!

Menurut mStar, single terbaru Aliff berjudul Abang Nak Tegur ini dihasilkan di studio rakaman milik Edry Abdul Halim, komposer terkenal tanah air yang mencipta lagu fenomena I Am Me dendangan Dato’ Vida. Dihasilkan dalam masa enam bulan, lagu baru Aliff dinyanyikan duet bersama usahawan kosmetik terkenal, Nur Sajat. Wah, gandingan mantap ni!

Sumber: Facebook

Rata-rata netizen memuji nyanyian Aliff yang dikatakan boleh tahan dan ada yang beri 9/10 markah kerana menggemari lirik lagu tersebut. Pun begitu, lagu ini tidak lari daripada kritikan netizen yang lagak juri pertandingan nyanyian Gegar Vaganza pula. Eh bukan main korang ye?



Sumber: Facebook

Meskipun dilemparkan dengan pelbagai kritikan hebat pendengar, isteri Aliff, Shahida nampaknya tak senang duduk dan tampil membuat membuat kenyataan berkenaan lagu baru suaminya itu di laman Instagram. Shahida mengakui bahawa dia tidak suka apabila Aliff dan Sajat bergandingan menyanyi kerana bimbangkan kecaman netizen.

Sumber: Instagram

Namun, dia kemudian merasakan bahawa tiada salahnya mereka menyanyi sekadar hiburan semata-mata dan bukannya sebagai penyanyi profesional. Berbeza dengan pandangan negatif netizen, Shahida juga menyatakan bahawa lagu Aliff memang sedap didengar dan tak membosankan walau sudah berkali-kali didengari.

Tapi memang best, dengar banyak kali pun best. Mereka menyanyi bukan untuk jadi penyanyi vokal terbaik pun, hiburan semata-mata. So tak payahlah condemn lebih-lebih. Rezeki mereka. Yang tak suka tak payah tengok, yang suka pergi tengok okey.”

Sumber: Instagram

Shahida yang tidak putus-putus memuji lagu suaminya itu menyatakan bahawa nyanyian Aliff hanya biasa-biasa sahaja, tetapi kehadiran Sajatlah yang menjadi penyeri sebenar dalam lagu tersebut. Lagu itu juga katanya membuatkan dia tersenyum sendirian ketika mendengarnya. Mesti kembang pipi Sajat dengar pujian ni! 

Lagu ‘Abang Nak Tegur‘ kini sudah ditonton sebanyak 235,000 kali di laman Youtube sejak dimuat naik pada 23 November lalu. Apa pendapat korang bila dengar lagu ni? Boleh bernanah telinga ke boleh tersenyum sorang-sorang?

Baca: “Saja nak menunjuk pada rakyat marhaen macam kita!” – Netizen Kecam Aliff Syukri Sengaja Tunjuk Harga Jam



Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:


Written by Asma' Razak

Suka dinosaur tetapi minat filem bergenre futuristik, bercita-cita mahu jadi vegetarian dan berharap ikan diklasifikasikan sebagai tumbuhan.