in

Datuk Tawar Harga Tinggi Mahu Beli Pakaian Hello Kitty Untuk Cucu Yang Sakit

Hk

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bagaikan tidak percaya apabila seorang wanita yang juga pengasas kepada sebuah produk kosmetik ditawarkan wang ribuan ringgit hanya kerana pakaian yang dipakainya dan anak kesayangan.


Tawaran istimewa itu datangnya dari seseorang yang mahu dikenali sebagai Datuk Z yang ingin membeli baju kurung berkonsepkan Hello Kitty yang dipakai Yus Amina Mohd Zawizah atau lebih mesra dikenali Afina, 27, dan anak perempuannya, Putri Jeliyta Ai Rich Mohd Afizi, dua tahun, lapor Mstar.

Menerusi perkongsian Afina di laman Facebook, dia telah memuatnaik gambarnya bersama anak bersempena Aidilfitri baru-baru ini sebelum ia tular di media sosial pada Selasa lalu.

19437258 1486698824728205 3331275744263740113 N
sumber: facebook
19511261 1486698821394872 8882050161770631588 N
sumber: facebook

Berikutan hal tersebut, secara tidak disangka-sangka dia menerima mesej di peti WhatsApp dari Datuk Z yang menyatakan hasratnya untuk membeli pakaian tersebut dari Afina.

Saya Datuk Z. Saya berminat nak beli baju Hello Kitty yang awak pakai dengan anak awak.” 

Saya nak baju ni. Berapa awak nak jual, saya sanggup beli berapa ribu. Cucu dan anak kesayangan saya nak sangat baju awak pakai.” 

19665436 326002484522133 3339655531192293624 N
sumber: facebook

Menurut Afina, dia telah menempah baju raya bercorakkan Hello Kitty sedondon bersama suami kerana anak mereka, Jeliyta amat menyukai watak kartun tersebut.

19555008 1492379157493505 6552370233407881289 N
sumber: facebook

Sungguhpun Afina ditawar dengan harga yang agak lumayan, dia menolak tawaran Datuk Z kerana ia adalah kenangan terindah mereka sekeluarga memakai pakaian tersebut.

Malah Jeliyta yang juga gilakan kucing memang tidak boleh berenggang dengan pakaian berkenaan sehingga menangis apabila Afina ingin menanggalkannya walaupun sudah masuk waktu tidur.

“Saya terpaksa memujuknya dengan menukarkan baju tidur yang masih bermotifkan Hello Kitty. Apa saja tentang Hello Kitty, semua dia suka,” luah Afina.

19657128 1490438054354282 2392970998632856643 N
sumber: facebook
19598615 1493329740731780 3685665370303090111 N
sumber: facebook

Pun begitu, bukan Datuk Z sahaja yang menghubunginya berkenaan pakaian tersebut. Dia mendapat kiriman mesej bertalu-talu yang mahu membeli, bertanya di mana dia membeli kain tersebut dan ada juga yang sanggup menyewanya.

Walaupun begitu, kisah sebenar mengenai tujuan asal Datuk Z bersungguh-sungguh ingin membeli baju kurung Hello Kitty milik Afina akhirnya terbongkar.

Afina melalui perkongsian di Facebook yang terbaru menjelaskan bahawa Datuk Z ingin membeli pakaian tersebut daripadanya demi memenuhi permintaan cucu kesayangan yang menghidap kanser. Aduhai, kesiannya…

Dia telah dihubungi seorang wanita yang memperkenalkan dirinya sebagai anak perempuan kepada Datuk Z dan menjelaskan hasrat murni ayahnya yang sanggup membayar RM10,000 untuk membeli pakaian tersebut buat cucunya (anak kepada wanita tersebut) yang amat meminati Hello Kitty.

Tambah wanita tersebut, anak perempuannya kini menghidapi kanser hati dan Datuk Z sanggup memenuhi apa saja permintaan anak kecil itu. Sedihnya!

Hal berkenaan membuatkan Afina akhirnya bersetuju untuk membantu Datuk Z dan mencadangkan supaya pakaian itu ditempah lagi dengan konsep Hello Kitty yang 100 peratus sama seperti yang dipakainya sebelum ini.

Akhirnya permintaan cucu Datuk Z bakal tertunai!

Sejak gambar Afina dan anaknya sedondon berbaju kurung Hello Kitty tular di laman Facebook, dia telah mendapat pelbagai kecaman dari netizen yang menganggap isu tersebut sengaja diada-adakan sebagai strategi pemasaran produk kosmetik keluaran syarikatnya.

Pun begitu, Afina menafikannya dan menyatakan dia tidak berniat untuk mendapat perhatian ramai.

Baju raya mereka tema Hello Kitty. Baju raya anda tema apa pula? Mungkin selepas ini tema Doraemon jadi tular. Siapa tahu, kan??

Baca: Usahawan Wanita Berjaya Ini Beri Inspirasi Hebat Buat Wanita-Wanita Lain

Joy Revfa

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.