Datuk Seri Vida Mahu Berduet Dengan Bintang K-Pop Terkenal, Psy

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:



Siapa tak tahu dengan lagu popular dan paling hit sekarang, I Am Me nyanyian dari diva kita Datuk Seri Vida.

Meskipun mendapat pelbagai komen dan kritikan, lagu ciptaan Edry Abdul Halim itu kini telah mendapat lebih 3 JUTA tontonan dan lebih 39,000 likes di Youtube! Serious laaaa.

Datuk Seri Vida Now Wants to Collaborate in a Duet with Psy - World Of Buzz 2

Datuk Vida malah pernah memberitahu bahawa dia yakin bahawa lagunya boleh menembusi pasaran antarabangsa. Oleh itu, dia tidak merancang untuk berhenti menjadi penyanyi selepas keluar dengan single pertamanya ini. Malah, dia turut mempunyai keinginan berduet dengan penyanyi lain suatu hari nanti!



Ketika wawancara bersama Berita Harian, pengasas Vida Beauty itu berkongsi hasratnya untuk berduet bersama bintang K-pop terkenal, Psy!

Kalau boleh saya nak berduet dengan Psy.”

Sumber: A Blog To Watch

Usahawan dan penyanyi itu menceritakan bahawa dia begitu gembira dan teruja apabila lagunya menjadi perhatian rakyat Malaysia, termasuk di negara lain.

“Saya sangkakan ia mengambil masa yang panjang untuk diterima ramai, tapi ternyata lagu ini mampu menjadi tular dalam masa yang singkat.”

“Seperti yang saya harapkan ia jadi fenomena bukan saja di negara ini tapi di banyak negara.”

Sumber: Linkedin

Datuk Vida bagaimanapun menetapkan tempoh satu tahun untuk muncul dengan lagu yang baru selain turut menyatakan keinginan mempunyai rancangan bual bicara sendiri.



“Saya juga nak jadi macam Oprah Winfrey yang ada rancangan bual bicara sendiri untuk pasaran dunia.”

Semoga tercapai cita-cita Datuk Vida suatu hari nanti! 

Baca: Maklumat Peribadi Nur Sajat Tersebar, Anggap Ada Yang Dengki Mahu Jatuhkan Reputasinya

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:


Written by Sue Idris

Suka thriller movies, suka kucing, suka makan, suka kopi, suka melancong, suka shopping, suka berangan, eh suka semua lah!