in

Datuk Pura-pura Bekalan Elektrik Terputus dan Ambil Kesempatan Rogol Cucu 13 Tahun

Hamil

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Inilah yang dikatakan, harapkan pagar, pagar pula yang makan padi. Seorang gadis berusia 13 tahun telah dirogol oleh datuk saudaranya sendiri sehingga mengandung!


Dunia sekarang makin gila kan??

Malah lebih menyedihkan, mangsa yang juga anak angkat kepada suspek sejak berusia 9 tahun menyimpan rahsia tersebut sehingga kandungannya kini sudah berusia enam bulan, lapor Harian Metro.

Teenage Pregnancy 5
gambar hiasan

Kejadian tersebut berlaku di rumah keluarga angkat mangsa di Sungai Petani Disember tahun lalu di mana ‘datuk’ tersebut berpura-pura bahawa bekalan elektrik rumah terputus sebelum mengambil kesempatan untuk menyelinap ke bilik mangsa dan merogolnya.

Mangsa yang tertekan dengan kejadian yang menimpanya memilih untuk tidak memberitahu kepada sesiapa kerana malu dan bimbang keluarganya juga akan mendapat malu.

Rogol1 E1464257459345
gambar hiasan

Walau bagaimanapun, semuanya terbongkar selepas sepupu mangsa memaklumkan hal tersebut kepada ibu mangsa yang menetap di Sitiawan, Perak pada 15 Julai lalu. Dia kemudian membuat laporan kepada pihak polis yang seterusnya membawa kepada penahanan suspek berusia 54 tahun itu.

Screen Shot 2017 02 22 At 9.39.27 Pm
gambar hiasan

Suspek yang juga seorang pekerja kontrak telah ditahan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana kesalahan merogol mangsa dan akan direman sehingga 1 Ogos nanti untuk membantu siasatan.

Apalah nak jadi dengan orang sekarang? Cucu saudara sendiri pun boleh jadi mangsa pemuas nafsu! 

Baca: Remaja 18 Tahun Ditahan Kerana Merogol Tiga Adik Perempuan Berusia 8 Hingga 14 Tahun

Rogol Adik

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.