“Dalam masa 5 minit, hilang semua data” – Lelaki Seru Orang Ramai Hati-hati Taktik Penyeluk Saku

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:



Kejadian mencuri sudah ibarat perkara biasa yang terjadi pada zaman ini. Oleh itu, orang ramai sering kali diingatkan supaya berhati-hati menjaga barangan kepunyaan mereka. Pusat beli belah juga tidak lari daripada menjadi tumpuan untuk segelintir orang mencari peluang untuk mencuri.

Terbaru, menurut perkongsian di laman Facebook, seorang wanita telah menjadi mangsa penyeluk saku di sebuah pusat beli belah di bandaraya. Keng How, suami kepada mangsa telah menceritakan pengalaman mereka di akaun Facebook miliknya.

Pada Sabtu yang lalu, Keng How, isteri dan anak mereka pergi ke pusat beli belah Pavillion untuk meluangkan masa bersama. Namun, aktiviti mereka bersama bertukar menjadi mimpi buruk apabila isteri Keng How menjadi mangsa penyeluk saku yang mencuri telefon bimbit iPhone miliknya.



Gambar hiasan

Kata Keng How, pencuri tersebut berjaya membuka zip beg isterinya sebelum mengambil iPhone tersebut. Kejadian yang berlaku dalam kira-kira 10 minit tidak berjaya dirakam dengan kamera CCTV kerana berada dalam kawasan blindspot.

Menyedari keadaan ini, Keng How dengan pantas menggunakan aplikasi Find My iPhone dan mendapati telefon bimbit isterinya menunjukkan berada dalam keadaan offline. Oleh itu, mereka membuka lost mode bagi menghalang pencuri tersebut log masuk iPhone itu sebelum membuat laporan polis.

Tiga hari kemudian, isterinya menerima MMS daripada nombor yang tidak dikenali memberitahu bahawa iPhone tersebut telah dijumpai di KLCC berserta link Apple support untuk diklik bagi melihat lokasi sebenar iPhone tersebut menggunakan Apple ID dan kata laluan.

Sumber: Facebook

Tanpa berfikir, isterinya memasukkan maklumat tersebut di ruangan tersebut dan kemudian, dalam masa lima minit, data di dalam iPhone itu telah dipadam. Rupa-rupanya, link yang diberikan merupakan scam yang telah dihantar oleh penyeluk saku tersebut.

Ujar Keng How, dia percaya bahawa penyeluk saku terbabit telah menggunakan cara tersebut bagi membolehkan mereka menjual iPhone itu semula di pasaran. Justeru itu, Keng How menyeru orang ramai supaya tidak sesekali mendedahkan iPhone ID dan kata laluan kepada sesiapa walaupun jika tertulis daripada Apple support.



 

Sumber: Facebook

Adoi.. Macam-macam cara orang sekarang ni kan.

Nota: Gambar yang digunakan adalah sekadar hiasan.

Baca: “Nak tengok akal dia sampai mana nak kelentong” – Wanita Tergelak Layan Scammer Menyamar Jadi Pembeli

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:


Written by Amalina Zainal

Seorang yang optimis dan teliti serta berkemahiran dalam berkomunikasi; boleh bekerja dalam pasukan, berfikiran terbuka dan seorang yang menepati masa.