in

“Dalam banyak-banyak api, api cinta kita tak dapat awak padamkan” – Dua ‘Awek’ Bomba Curi Perhatian Ramai

Awek Bomba Feature

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Di zaman moden ini orang ramai semakin membuka mata terhadap kebolehan wanita dalam melakukan pekerjaan yang kebanyakannya dipelopori kaum Adam.


Itulah yang dilakukan dua gadis bertubuh kecil yang baru-baru ini mendapat perhatian ramai selepas gambar mereka tular di media sosial.

Nor Maisarah Ibrahim, 27, dan Siti Norhaliza Zakaria, 19, bertugas sebagai anggota bomba dan sedang terlibat dalam satu operasi memadamkan kebakaran di Pasar Besar Seremban ketika aksi mereka dirakamkan sebelum dimuat naik di Facebook.

Awek Bomba1
sumber: facebook

Kedua-dua gadis ayu yang bertugas di Balai Bomba dan Penyelamat Seremban ini berjaya membuktikan bahawa mereka bukan calang-calang orang.

Nor Maisarah memberitahu Sinar Harian, dia hanya menyedari gambarnya tular selepas seorang rakan berkongsi di Whatsapp.

“Saya tak perasan pun ada yang ambil gambar kerana tengah fokus bertugas bersama anggota lain. Lagipun ketika itu keadaan gelap dan orang agak ramai.”

Awek Bomba3
sumber: facebook
Awek Bomba2
sumber: facebook

Lebih mengejutkan lagi, Maisarah sebelum ini pernah bertugas sebagai seorang jururawat di sebuah hospital swasta tetapi menukar kerjaya sebagai anggota bomba kerana minat.

“Saya memang dah biasa buat aktiviti lasak kerana minat kepada cabaran dan sukan lasak sejak dari sekolah.”

Siti Norhaliza pula akui pada mulanya malu apabila mendapat tahu gambarnya tular di Facebook dan tidak menyangka ramai yang memberikan mereka sokongan moral untuk terus berkhidmat dalam pasukan beruniform itu.

Awek Bomba8
sumber: facebook
Awek Bomba7
sumber: facebook

Berbeza dengan Maisarah, Norhaliza tidak pernah terfikir dan langsung tidak berminat untuk menjadi anggota bomba. Namun, selepas cuba menyertai pasukan itu, rasa teruja dengan kerjaya ini mula timbul dalam dirinya.

“Saya rasa bangga kerana sebagai seorang wanita, saya mampu bekerja dalam bidang yang ramai kaum lelaki. Bagi saya kerjaya bomba telah mendidik diri menjadi lebih berdisiplin.”

Awek Bomba6
sumber: facebook
Awek Bomba4
sumber: facebook

Aksi mereka bertungkus lumus memadamkan kebakaran selain turut mengangkat hos air serta mengendalikan peralatan berat ketika operasi pemadaman yang berlaku Sabtu lalu mengundang pelbagai reaksi dari orang ramai.

“Dalam banyak-banyak api, api cinta kita tak dapat awak padamkan.”

“Lepas ni keluar pulak drama ‘I Love Akak Bomba‘ di televisyen.”

“Alahai, comelnya akak bomba. Terbaik, salute!”

Baca: ‘Spiderman’ Muncul Selamatkan Mangsa Kemalangan Jalan Raya Dapat Perhatian Ramai

Cats 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.