in

Dahulu Leka Hidup di KL Hingga Kerap Tinggal Solat, Kini Jadi Pembantu Siak di Kampung

Bob Feature

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kehidupan di Kuala Lumpur membuatkannya lalai hingga kerap meninggalkan solat menyebabkan lelaki ini nekad mahu pulang ke kampung. Begitulah yang berlaku kepada Mohd Shukri Minhat yang mengambil keputusan untuk kembali ke kampung halaman agar dia dapat lebih bermuhasabah diri selain mahu berbakti kepada agama.


Menurut Harian Metro, anak bongsu daripada enam beradik yang lebih mesra dipanggil Bob ini merupakan pembantu noja (siak) di Masjid Al Mujib, Kampung Durian Daun, Masjid Tanah, Alor Gajah sejak dua tahun lalu.

Bob 1
sumber: harian metro

Memulakan tugas pada jam 1 tengah hari hingga lewat malam, antara tugas yang dilakukan pemuda berusia 21 tahun ini adalah menyapu sampah, memotong rumput, membersihkan permaidani, mencuci kolah, melipat sejadah dan menyusun rehal.

Bob akui rohaninya lebih tenang dan solat lima waktunya terjaga semenjak bekerja di masjid itu. Malah, dia sama sekali tidak kisah hanya menerima bayaran sekadar RM300 sebulan meskipun pernah menerima gaji lebih lumayan ketika bekerja di Kuala Lumpur.

“Tak berhibur tak apa, kerana saya suka dengan kerja sekarang, lebih baik duduk di masjid berbanding terbabit dalam aktiviti tidak bermanfaat.”

Difahamkan, pada awalnya dia kerap membantu menjalankan kerja pembersihan masjid tanpa mengharapkan upah sebelum ditawarkan menjadi siak oleh ahli jawatankuasa masjid.

Bob 2
sumber: harian metro

“Sebelah pagi saya bekerja sebagai pembantu gerai, pada jam 12 tengah hari saya terus ke masjid untuk solat Zuhur berjemaah dan memulakan tugas. Kerja ini tak popular tapi saya berterima kasih kepada ahli jawatankuasa yang beri kepercayaan pada saya.

“Saya tak pernah rasa malu buat kerja ini malah berharap berkekalan sampai ke akhir hayat, lebih tenang duduk di masjid walaupun gaji kecil. Sebenarnya inilah cara terbaik untuk saya mendekatkan diri dengan Allah dan menjaga tiang agama iaitu solat lima waktu.”

Menurut Bob lagi, dia juga membantu membuat persediaan dengan memasang sistem audio bagi program ceramah agama disampaikan oleh pendakwah jemputan oleh ahli jawatankuasa atau imam masjid itu sendiri.

Meskipun upah yang diterima kecil bagi  menampung kehidupan pada zaman sekarang, namun dia tetap melakukan tugas diamanahkan itu setiap hari dengan penuh ikhlas.

Alhamdulillah, nasib dia sedar daripada terus terleka dengan kehidupannya yang sebelum ini. Hidayah itu milik Allah…

Baca: Anda Pasti Tidak Sangka Mengapa Penduduk Kanada Gelar Wanita M’sia Ini ‘Muslim Mother Teresa’

Malaysian Woman Dubbed Muslim Mother Teresa By Canadians Heres Why World Of Buzz 4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.