in

“Dah tua pun bodoh!” – Netizen Kecam Sharifah Sakinah Dan Janna Nick Persenda Kematian Artis Kpop

Page 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
"Dah tua pun bodoh!" - Netizen Kecam Sharifah Sakinah Dan Janna Nick Persenda Kematian Artis Kpop
Loading
/

Kematian seseorang tidak manis jika dijadikan gurauan walaupun kematian itu diragut oleh diri sendiri. Pada akhir tahun lepas, peminat Kpop telah digegarkan dengan kematian artis kpop daripada kumpulan popular Shinee iaitu Jonghyun.


Walaupun terdapat pelbagai kontroversi yang melanda dalam kalangan peminat di Malaysia rentetan daripada kematiannya, kali ini artis Malaysia pula turut terjebak kerana dikatakan mempersendakan kematian Jonghyun yang mengalami kemurungan itu. Pulak dah…

8
sumber: instagram

Baru-baru ini Janna Nick dan Sharifah Sakinah telah dikatakan tidak sensitif dengan kematian Jonghyun, tambah-tambah lagi apabila kematiannya adalah disebabkan oleh masalah depresi. Melalui instastory Sharifah Sakinah, dia telah memuat naik video Janna di sebuah salon.

Di dalam video tersebut, Sakinah bergurau menyatakan kata sindiran kepada Janna yang sedang mewarnakan rambutnya di situ.

Wow, ni yang mati tu kan?”

Janna memberikan reaksi dengan ketawa besar seakan-akan memahami apa yang disampaikan oleh Sakinah kepadanya. Tak baik tau!

9
sumber: instagram

Sejak itu, ramai yang marah dan kurang senang dengan mereka berdua kerana tidak sensitif dengan kematian penyanyi Kpop itu. Netizen mula memberikan reaksi jelik dan mengkritik Janna dan Sakinah.

5Blur 1

1Blur 1

2Blur 3

4Blur 2
sumber: twitter

Walau bagaimanapun, Janna Nick dilaporkan telah memohon maaf kerana kontroversi itu dengan menjelaskan bahawa dia tidak mengetahui Sakinah menujukan kata-kata berkenaan tentang siapa kerana tidak fokus serta tidak ambil serius dengan apa yang disampaikan Sakinah.

6
sumber: twitter

Kemungkinan semua yang berlaku hanyalah sekadar salah faham. Apa-apapun, kita perlulah peka dan sensitif dengan apa jua yang berlaku terutamanya apabila melibatkan hal kematian.

Manusia memang tak lekang daripada membuat kesalahan.

Baca: “Boleh f*ck off!” – Individu Maki Mufti Perak Kerana Tegur Berkabung Atas Kematian Jonghyun

7 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.