in

“Dah senang terbuka sana sini” – Wanita Ceritakan Pengalamannya Ketika Susah, Namun Ditegur Pula Kerana Pakaiannya

Gg 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kehidupan selepas kahwin bukanlah seperti yang kita impikan. Apa yang kita anggap bahawa semuanya indah, salah sama sekali. Pastinya kewangan menjadi antara masalah terbesar dalam sesuatu hubungan. Lebih-lebih lagi dengan keadaan ekonomi kita yang semakin lama, semakin gawat.


Seperti wanita ini, yang menceritakan pengalamannya setelah 10 tahun hidup berumah tangga. Menurut WN Syuhadah, dia diuji dengan kesempitan dan kekurangan harta pada 5 tahun pertama dalam perkahwinannya.

Photo 2018 01 20 16 01 28
sumber: facebook

Katanya, rumah pertama yang dia dan suaminya menyewa adalah merupakan rumah flat ibu kota, dengan kos sewanya sebanyak RM550 sebulan.

“Waktu pertama kali saya masuk dalam rumah tu, rasa macam nak nangis pun ada sebab saya bukanlah dari keluarga yang susah”

Dia sudah terbiasa sejak kecil, ditatang bagai minyak yang penuh oleh ibunya, yang serba serbi lengkap tanpa ada cacat cela. Namun bila mula berumah tangga, kehidupannya bagai langit dan bumi. Selama berbulan dia tidur tanpa katil, cuma beralaskan tilam murah yang dijual lelong di bawah flatnya.

Photo 2018 01 20 16 01 45
sumber: facebook

Ketika itu, suaminya hanya bergaji RM1400. Dengan gaji itulah mereka gunakan untuk membayar kos minyak dan tol sebanyak RM600 sebulan. Tidak termasuk lagi dengan duit makan, sewa rumah dan sewaktu itu dia masih lagi belajar.

“Dan yang peliknya, walaupun gaji RM1400 tu tak cukup untuk hidup di KL, tapi Allah cukupkan sentiasa!”

Photo 2018 01 20 16 01 48
sumber: facebook

Dia turut memberitahu, dulu mereka hanya memperuntukkan RM100 sebulan untuk barang dapur di rumahnya. Hanya makanan-makanan yang murah sahaja dapat dibeli.

Setelah 10 tahun hidup bersama, kini rezeki mereka sekeluarga berlipat kali ganda. Satu demi satu kejayaan mereka berjaya kecapi bersama. Syuhada memberitahu, kunci utama dalam sebuah perkahwinan adalah sabar.

Photo 2018 01 20 16 01 34
sumber: facebook

“Yang penting kena ada give and take dalam hubungan. Kita sama-sama ada kekurangan, jadi jangan terima kelebihan pasangan kita je, cintai juga kelemahan mereka”

Perkongsian ini pastinya mendapat pujian daripada orang ramai. Namun ramai yang mempersoalkan tentang pemakaian wanita ini, di mana semakin hidup senang, semakin seksi pula.

2 3
sumber: facebook
3 2
sumber: facebook
4 2
sumber: facebook
1 3
sumber: facebook

Tak kisahlah kita ni hidup senang atau susah, pemakaian kita perlu dijaga. Kekayaan bukan kunci untuk berpakaian seksi. Kan?

Baca: “Bercampur baur maksiat dan agama!” – Netizen Selar Majlis Ilmu Dicemari Tarian Gadis Seksi

A

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.