“Dah bertunang, gatal lagi!” – Lelaki Kantoi Curang Selepas Terlibat Kemalangan Jalanraya

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:



Setiap perbuatan yang jahat pastinya akan mendapat balasan daripada Tuhan sama ada di dunia mahupun di akhirat. Oleh itu, kita sebagai makhluk di muka bumi ini perlulah sentiasa beringat sebelum melakukan sesuatu.

Terbaru, telah berlakunya kemalangan jalanraya yang melibatkan empat orang mangsa. Tragedi itu telah meragut satu nyawa, manakala tiga lagi cedera parah. Menurut Facebook, kemalangan tersebut telah berlaku di jalan turun dari Cameron Highland ke Simpang Pulai.

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Keempat-empat mangsa merupakan warganegara Malaysia yang berasal dari Pulau Pinang dan Kulim dan telah dibawa ke Hospital Ipoh untuk menerima rawatan. Menurut Cari, salah seorang mangsa yang dikenali sebagai Mohd Izham telah kantoi curang selepas tunangnya meninggalkan komen di Facebook.



Tunang mangsa, memperkenalkan dirinya dan memberitahu bahawa dia tidak mengenali mana-mana perempuan yang berada di dalam kereta bersama-sama dengan tunangnya itu. Dia juga mendedahkan bahawa kereta yang dipakai mangsa adalah kepunyaanya.

Sumber: Cari

Susulan daripada komen tersebut, seorang netizen yang dipercayai merupakan adik kepada tunang mangsa turut menaikkan entri menyalahkan mangsa dan memberitahu bahawa kemalangan yang terjadi adalah balasan daripada Tuhan. 

Sumber: Cari

Dia juga berang kerana mangsa menggunakan kereta kakaknya untuk membawa perempuan lain serta sudah hilang hormat kepadanya. Sejak itu pelbagai komen telah ditinggalkan oleh orang ramai yang tidak berpuas hati dengan sikap mangsa itu yang telah didedahkan kepada umum.

Sumber: Cari

Namun begitu, ada juga dalam kalangan orang ramai yang memberi nasihat kepada tunang mangsa supaya tabah menghadapi dugaan ini dan mengingatkan semua supaya sentiasa beringat sebelum melakukan sesuatu.

Semoga kisah ini menjadi pengajaran buat semua.



Baca: Lelaki Ditampar Isteri Depan Orang ramai Lepas Kantoi Curang Sewaktu Isteri Keluar Bekerja

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:


Written by Amalina Zainal

Seorang yang optimis dan teliti serta berkemahiran dalam berkomunikasi; boleh bekerja dalam pasukan, berfikiran terbuka dan seorang yang menepati masa.