in

“Cukuplah dua” – Netizen Sebak Dengar Kisah Perbualan Suami Isteri Beli Baju Sekolah Anak

Pagerara 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Musim persekolahan sudah semakin hampir. Yuran pembelajaran, baju sekolah anak, alat tulis dan banyak lagi perkara pastinya sudah lengkap tersenarai dalam list barangan yang perlu dibeli oleh mereka yang bergelar ibu bapa.


Menurut satu perkongsian di Facebook, seorang wanita dikenali sebagai Intan juga tidak mahu terlepas membuat persiapan untuk persekolahan anaknya. Intan menceritakan pengalaman ke kedai untuk membelikan barangan sekolah anak, namun perbualan yang didengari selepas itu membuatkannya begitu tersentuh.

Car3
gambar hiasan

Dalam keadaan ekonomi negara yang tidak stabil, masyarakat umumnya sentiasa berusaha untuk berjimat cermat, lebih-lebih lagi lagi jika sudah berkeluarga. Ibu bapa pastinya mahu menyediakan yang terbaik kepada anak-anak, namun bagaimana pula jika kewangan tidak mengizinkan?

Inilah yang dikongsikan Intan di laman Facebook miliknya menceritakan perbualan sepasang suami isteri yang kais pagi makan pagi, kasi petang makan petang tetapi masih berusaha untuk membelikan baju sekolah baru kepada anak-anak mereka.

Car2
gambar hiasan

Intan sedang membelek-belek baju sekolah anak sewaktu dia terdengar kata-kata yang membuatkannya cukup tersentuh sehingga mengalirkan air mata.

“Cukuplah dua abang. Ayang basuh hari-hari. Sempatlah Long dengan Angah pergi sekolah pagi dengan agamanya,” kata isteri kepada suaminya.

“Uish awaknya. Sempat ke? Kot bawak dek hujan tak berbaju sekolah budak-budak. Ambillah sehelai lagi. Esok-esok abang tanya Mail kot ada nak upah kutip durian ke, abang pergilah. Lepas duit budak-budak punya kasut pula,” balas si suami.

“Tak pun baju Long tu kita pin la kalau-kalau Angah pakai gedeber besar. Tak payah la abang pakai duit tu. Esok nak isi minyak lagi,” balas wanita itu pula.

Car1
gambar hiasan

Walaupun suara pasangan itu sangat perlahan, namun Intan mendengar setiap baris kata-kata yang diungkapkan kerana jarak mereka hanya dipisahkan dengan rak baju sahaja. Intan tidak dapat menahan sebak dan terus meninggalkan pasangan tersebut. Selesai sahaja membayar baju anaknya, air mata Intan bergenang.

Rata-rata netizen yang membaca entri dikongsikan Intan itu menyatakan rasa simpati mereka selain turut akui bersyukur dengan rezeki yang diberikan Tuhan.

Car4
sumber: cari
Car5
sumber: cari

Semoga kisah ini menjadi pengajaran untuk kita semua dan beringat-ingatlah dalam berbelanja kerana kita tidak tahu bila giliran kita pula diuji dengan kesempitan wang seperti pasangan ini.

NOTA: Gambar di atas adalah untuk tujuan ilustrasi sahaja.

Baca: 10 Persiapan Penting Ibu Bapa Bagi Anak Yang Bakal Naik Darjah Satu Bulan Depan

Cari

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.