in

“Cuba hak dia orang buat macam tu” – Netizen Dedah Dato’ Aliff Syukri Suka Curi Gambar Orang

Curi Gambar Org

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau korang jadi Dato’ Aliff Syukri, mesti korang penat kan dengar cemuhan dan kecaman hampir setiap hari? Tapi nak buat macam mana. Semenjak bergelar pelakon dan penyanyi kepada lagu duet bersama Sajat, ‘Abang Nak Tegur’, nama Dato’ Aliff sering saja menjadi sebutan ramai.


Alip
sumber: instagram

Selain mendapat kutukan kerana suka benar menunjuk-nunjuk barangan mewah yang dimilikinya di media sosial, kini Dato’ Aliff telah terpalit dengan kontroversi baru. Menurut Rotikaya, netizen mendedahkan bahawa pelakon utama kepada filem Badang ini mempunyai tabiat buruk iaitu suka mencuri gambar milik orang lain.

Lebih mengejutkan, gambar-gambar ini telah diambil daripada individu lain tanpa memberi sebarang kredit atau meminta sebarang keizinan daripada pemilik gambar tersebut. Alamak betul ke Dato’ Aliff buat macam ni? 

Screen Shot 2018 01 03 At 11.51.17 Am
sumber: rotikaya
Aliff5
sumber: rotikaya

Malah bukan satu gambar saja yang dicuri Dato’ Aliff, ada juga beberapa gambar milik individu lain yang menjadi mangsa. Sebagai contoh gambar buku Amanah Saham Bumiputera ini.

Aliff4
sumber: rotikaya
Aliff3
sumber: rotikaya

Gambar pulut kuning yang dicuri ini juga telah mendapat teguran daripada pemilik asli gambar tersebut yang berang apabila Dato’ Aliff telah ‘crop’ bahagian watermark rasmi yang telah diletakkannya.

“Bukan kedekut… cuma kita kena peka dengan hasil kerja kita. Cuba hak dia orang buat macam tu. Sah-sah dah dapat surat lawyer. Kita bukan tak sokong bangsa sendiri nak bisnes, cuma kena lebih prihatin dengan hak orang lain ye Dato’,” tegur pemilik gambar, Adnan Ibrahim.

Aliff2
sumber: rotikaya

Walau bagaimanapun, didapati bahawa gambar-gambar yang didakwa dicuri itu telah pun dipadam daripada Instagram Dato’ Aliff Syukri. Kemungkinan besar usahawan kosmetik ini sedar akan kesalahannya.

Betul ke Dato’ Aliff buat benda macam tu? Macam tak percaya pulak…

Baca: “Tu teguran dari Allah untuk Dato” – Netizen Tegur Aliff Syukri Riak Punca Kecurian di Sepanyol

Aliff

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.