in

“Cium pipi je pun bukan cium mulut” – Peminat Back Up Mia Ahmad Selepas Dihentam Netizen

Mia F 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
"Cium pipi je pun bukan cium mulut" - Peminat Back Up Mia Ahmad Selepas Dihentam Netizen
Loading
/

Menjadi selebriti semestinya membuatkan mereka tidak dapat lari daripada kontroversi yang tercipta akibat mulut netizen. Terbaru, pelakon Mia Ahmad menjadi mangsa kritikan dan kecaman netizen selepas memuat naik sebuah rakaman video menunjukkan kemesraannya dan suami di laman sosial.


Mia 4
sumber: instagram

Isteri kepada penjaga gol pasukan Johor Darul Takzim (JDT), Izham Tarmizi itu akui teruja dengan kemenangan pasukan tersebut menjuarai Piala Malaysia 2017 Sabtu lalu menyebabkan dia secara spontan mencium suaminya, lapor mStar.

Pelakon drama Hati Perempuan itu bagaimanapun menjelaskan bahawa tindakan tersebut berlaku secara spontan kerana dia tahu bagaimana suaminya bekerja keras bersama pasukan JDT untuk membuat persiapan menjelang perlawanan akhir.

Sumber: Instagram

Sebenarnya ciuman itu berlaku automatik sebab saya terlalu gembira untuk dia dan pasukannya. Dia bekerja keras untuk perlawanan itu.”

Mia yang tidak melepaskan peluang turut serta hadir ke stadium untuk menyokong suaminya menganggap tindakan itu normal apabila seseorang isteri berasa gembira untuk suami.

Mia 1
sumber: instagram

Bagaimanapun, asam garam sebagai selebriti pastinya tidak lari daripada mendapat perhatian dan kritikan daripada netizen. Segelintir daripada mereka berpendapat tindakannya tidak sesuai dilakukan secara terbuka. Mia bagaimanapun tidak cepat melatah dan mengambil pendekatan untuk tidak mengambil peduli dengan pandangan negatif netizen dan berkata,

Saya tidak pasti video itu viral sebab ‘sweet‘ atau ramai yang kecam. Tapi kalau ada yang nak kecam suruh mereka periksa hati mereka semula.”

Mia 5
sumber: instagram

Bukan itu sahaja, Mia malah turut mendapat sokongan daripada peminat dan penyokongnya di Instagram yang membalas semula komen negatif daripada netizen yang lain.

Komen 1 Komen 2

Komen 3
sumber: instagram

Apa-apa pun tahniah buat pasukan JDT kerana menjuarai Piala Malaysia 2017!

Baca: Tampil Dengan Gaya Rambut Blonde, Peminat Puji Siti Sarah Persis Barbie Doll

Siti Sarah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.